Sunday, June 28, 2015

Sukan SEA 2015 Singapura

Edisi ke 28 Sukan SEA di Singapura sudah melabuhkan tirainya.

Jika berdasarkan sasaran untuk mencapai pungutan 56% daripada jumlah pingat tanpa mengira warna, maka jelas ia jauh meleset. Namun jika mengambil kira 56 pingat emas, maka kontingen Malaysia telah menghadiahkan bonus kepada rakyat. Namun sasaran tetap sasaran dan tidak boleh diubah mengikut keadaan.

Kini kita tertanya-tanya juga apakah sesuai meletakkan sasaran untuk memungut jumlah pingat tanpa mengira warna seperti yang dilakukan di Sukan SEA di Singapura. Bagi pengiat sukan ia mungkin boleh diterima, namun kepada peminat umum ia sesuatu yang sukar untuk diterima. Bagi mereka berapa pingat emas yang atlet negara mampu pungut.

Secara keseluruhannya kontingen negara menduduki tangga keempat dengan memungut sejumlah 60 pingat Emas, 53 Perak dan 66 Perak serta memungut 179 mata.

Berikut adalah statistik yang saya terjemahkan ke dalam bentuk graf.


Jumlah pungutan pingat SEA Games 2015, Singapura

Walau apa pun tahniah kepada keseluruhan atlet, pegawai dan pengurusan kontingen Malaysia ke Sukan SEA2015 di Singapura kerana menjulang Jalur Gemilang di temasya sukan terbesar di rantau ini.

Jumpa lagi di Kuala Lumpur 2017.

No comments:

Post a Comment