Penggunaan media sosial adalah satu kemestian bagi sesuatu penganjuran sukan berskala besar seperti ini. Sebagai catatan sukan besar yang mencetuskan penggunaan media sosial ialah Sukan Olimpik Beijing 2008.
Walaupun pihak penganjur SUKMA2016 telah mengumumkan web resmi dan laman media sosial namun saya ingin juga mencadangkan satu lagi channel iaitu You Tube. Sukan SEA Singapura 2015 telah membuktikan bahawa You Tube merupakan saluran media sosial popular kerana boleh arkibkan rakaman aktiviti.
Penggunaan You Tube Channel membolehkan pihak penganjur buat Live Stream acara-acra tertentu yang tidak disiarkan oleh pihak penyiar resmi. Misalnya sukan-sukan kurang popular biasanya tidak mendapat slot yang cukup atau tidak langsung kerana penyiar resmi berhadapan dengan limitasi masa penyiaran dan target audience yang mempengaruhi penajaan iklan.
Penganjur juga boleh mengujudkan saluran webcast yang boleh menyiarkan live streaming tersendiri. Contohnya Paintball World Cup Asia yang dianjurkan di Langkawi pada 2015 mengujudkan webcast seperti ini https://livestream.com/accounts/15088452
Podcast adalah juga satu lagi media sosial yang boleh digunakan. Podcast boleh memainkan peranan sebagai saluran radio kedua disamping penyiar resmi.
Dalam SUKMA2016 Sarawak selaku penganjur mempunyai peluang yang luas untuk menjadi negeri penganjur pertama menggunakan media sosial sepenuhnya dan ini akan dirakam dalam kronologi Sejarah Sukan di Malaysia.
Satria dan Satrina selaku maskot resmi yang akan menyerikan SUKMA2016
Kredit Foto Instargam @sukmasarawak2016
No comments:
Post a Comment