
Pepatah Melayu menyebut "Melentur Buluh biarlah dari rebungnya". Sememangnya persepsi dan falsafah orang Melayu itu ada kebenarannya. Mengapa tidak melentur semasa ia sudah menjadi buluh? Takut nanti ia akan pecah, patah dan rosak. Jadi hendak melentur maka perlulah dilakukan sejak ia masih di peringkat rebung lagi.
Begitu juga dalam apa-apa hal yang berkaitan dengan kehidupan manusia, maka setiap perkara itu hendaklah dipupuk semasa masih muda kerana ia mudah melentur. Pendidikan, agama, sukan, kemahiran-kehamiran hidup dan sebagainya hendaklah dipupuk semasa zaman bayi lagi.

Dalam hal sukan adalah susah untuk membentuk semasa seseorang itu sudah menjadi dewasa. Ini kerana kemahiran-kemahiran dalam sukan memerlukan masa yang lama untuk dikuasai. Bagi melahirkan seorang juara ia memerlukan masa sekurang-kurangya 8-10 tahun. Ada kajian menunjukkan untuk menguasai sesuatu kemahiran seseorang memerlukan masa sebanyak 10,000 jam. Begitu juga kajian mendapati bahawa sesuatu lakuan itu dilakukan sebanyak 21 kali ia akan menjadi tabiat.
Utuk membentu seorang juara sukan maka ia

Baru-baru ini saya menghadiri sukan Tadika Kasyiful Ulum, Seri Petaling, Kuala Lumpur. Walaupun sekolah agama tersebut bertujuan membentuk masyarakat Islam yang tinggi ilmunya, namun mereka tidak melupakan kehendak-kehendak semulajadi manusia iaitu beriadah. Nabi Muhammad S.A.W sendiri menjaga kecergasan diri baginda untuk membolehkan mengambil bahagian dalam peperangan mempertahankan syiar Islam. And

Semoga usaha Sekolah Agama Kasyiful Ulum ini akan memupuk jaguh sukan yang bukan sahaja cemerlang dan gemilang dalam bidang sukan tetapi seorang jaguh sukan yang beriman dan mencelikkan mata dunia bahawa dengan menjadi Islam tidak semestinya tidak boleh menjadi

Insyaallah
No comments:
Post a Comment