Showing posts with label SEA Games. Show all posts
Showing posts with label SEA Games. Show all posts

Sunday, June 14, 2015

Sukan SEA 2015 - Sasaran Tercapai Ke Tidak?

Sukan SEA Edisi ke 28 di Singapura akan melabuhkan tirainya dan sehingga hari ini kita sudah boleh mengagak di mana kedudukan kontingen negara. Sehingga post ini ditulis Malaysia menduduki tangga ke 4 dari segi pungutan pingat Emas dan keseluruhan mengumpul sebanyak 147 pingat semua warna. Meningkat ke tangga ketiga untuk mengatasi Vietnam adalah agak mustahil kerana perbezaan pingat Emas yang banyak.

Sememangnya Malaysia tidak meletakkan sasaran untuk menjuarai temasya kali ini tetapi telah meletakkan sasaran memungut 56 peratus (188 butir) dari jumlah pingat yang di tawarkan oleh tuan rumah,

Berdasarkan jumlah keseluruhan pingat yang dikumpul sehingga hari ke 8 maka sudah pasti sasaran hampir tercapai. Keseluruhan agihan pingat kontinjen negara  memungut 17% dari jumlah keseluruhan pingat yang ditawarkan. Apakah implikasinya pada pandangan peminat sukan negara?

PERATUS AGIHAN SEMUA PUNGUTAN PINGAT SEHINGGA HARI KE 8 

Selepas Malaysia menjadi juara keseluruhan Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur dulu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara ketika itu, Datuk Wira Mazlan Ahmad telah mengeluarkan kenyataan bahawa Sukan SEA bukan lagi menjadi keutamaan cabaran kita peringkat antarabangsa. Kita harus lihat lebih jauh ke arah Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Olimpik.

Bagi mereka yang bergelumang dalam bidang sukan prestasi tinggi, sememangnya boleh memahami apa yang di maksudkan oleh Datuk Wira Mazlan Ahmad. Namun bagi peminat sukan kebanyakan yang menjadi penyokong sukan dan atlet, tidak melihat dari aspek itu. Bagi penyokong dan peminat mereka lebih minat untuk melihat menang, pingat emas dan juara tanpa mengambil kira prestasi semasa dan peningkatan kecemerlangan atlet dan sukan berkenaan.

Walaupun kontinjen Malaysia tidak dapat mencapai sasaran, namun kita harus memberikan pujian kepada mereka semuanya kerana telah mencuba.


Thursday, November 10, 2011

26th SEA Games - Malaysia 2 Thailand 1

Malaysian football team doused critics of their fans what was hurled at them after a goalless draw with Singapore during their opening match at Gelora Bung Karno in Jakarta. They levelled up their effort to beat 8 times Sea Games Gold Medalist Thailand at the same venue and their next hurdle will be  Indonesia.

Malaysia beat rival Thailand 2 - 1. Both goals from Badrol Bakhtiar and Izzaq Faris Ramlan.

Lets hope their winning ambition still fly high for the remaining games to show that 2009 Gold Medal and AFF Suzuki Cup 2010 is not just luck.

Wednesday, March 02, 2011

Palembang 2011 Bukan Lagi Sasaran Kita

Pada bulan november 2011 nanti akan berlangsung satu lagi temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara iaitu Sukan SEA Edisi ke 26 di Palembang. Sememangnya bagi majoriti rakyat Malaysia ingin atlet negra membawa balik pingat yang banyak dari sukan tersebut kerana ia adalah kayu ukur pencapaian terhadap program latihan sukan negara yang menggunakan wang rakyat. Namun bagi pengiat sukan, mereka mempunyai sasaran lain kerana Sukan SEA bukan lagi boleh dijadikan sebagai sasaran memandangkan trend masa kini kepada negara yang menjadi hos lebih mementingkan kemenangan daripada menjadikannya medan untuk atlet Asia Tenggara menguji pencapaian sebelum melangkah ke sukan yang lebih besar seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik. 

Atas sasaraqn itu maka Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBhg. Dato Zolkples Embong meluahkan, "LUPAKAN saja misi Sukan SEA! " yang menegaskan betapa temasya dari 11 sehingga 22 November ini di Palembang dan Jakarta bukan lagi satu keutamaan. Beliau seterusnya menyatakan, “Kita tidak kisah berapa jumlah pingat emas yang akan dimenangi kontinjen negara pada temasya itu kerana ia bukan lagi keutamaan. Lagipun, banyak acara baru dipertandingkan, manakala acara Sukan Olimpik dan Sukan Asia digugurkan".

Negara sedang membuat persiapan untuk menjadikan Sukan Olimpik London 2012 sebagai lokasi untuk memungut pingat emas pertama negara di Olimpik. Sememangnya tepatlah jika Majlis Sukan Negara memberikan tumpuan terhadap persiapan sukan tersebut. Datuk Zolkples disebut sebagai berkata, " Jadi, lebih baik kita memberi tumpuan kepada sasaran memastikan lebih ramai atlit elit layak beraksi di Sukan Olimpik London 2012. Itu yang lebih penting dan menjadi keutamaan.” 

Majlis Sukan Negara bercadang menghantar atlet Pelapis dan Pembangunan untuk menggalas tugas mengibarkan Jalur Gemilang pada temasya itu bagi tujuan pendedahan serta menimba pengalaman. Sememangnya ia satu keputusan bijka kerana saya masih ingat lagi semasa masih berkhidmat dengan Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad yang menjadi Ketua Pengarah ketika itu sudah meletakkan visi bahawa Sukan SEA bukan lagi tumpuan utama kita. Beliau berkata demikian dalam satu majlis perhimpunan bulanan MSN selepas negara buat pertama kali muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA yang dianjurkan di Kuala Lumpur pada tahun 2001. 


Peminat sukan di Malaysia seharusnya lebih membuka mata dan janganlah terus terkongkong untuk menang dalam setiap penyertaan kerana Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia dan Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan mempunyai perancangan dan memandang jauh dalam mencapai misi dan sasaran masing-masing.  

Tuesday, December 15, 2009

Sukan SEA ke 25 - Malaysia Ke Final


Gambar dari Kosmo online.

Saya rasa semua peminat bolasepak Malaysia rasa bangga dengan kejayaan pasukan negara menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Sukan SEA edisi ke 25 yang sedang berlangsung di Laos. Dalam separuh akhir Malaysia mengalahkan tuan rumah Laos 3-1. Dengan itu seluruh peminat pasukan bolasepak negara pasti tertunggu-tunggu perlawanan akhir dengan Vietnam nanti yang akan disiarkan secara langsung oleh RTM2.

Sekiranya Malaysia membawa balik pingat emas nanti, diharapkan pemain tidak akan rasa sudah cukup hebat. Ini kerana Sukan SEA hanya sukan serantau. Perjalanan masih jauh lagi dan anggaplah kemenangan di Laos ini hanya langkah pertama sahaja. Semua pemain hendak berusaha lebih keras lagi untuk menjadi antara pasukan yang disegani pula di rantau Asia. Apa pun tahniah pada semua pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan bolasepak kebangsaan di Laos itu

Monday, December 14, 2009

Sukan SEA ke 25 - Sejarah dicipta

Kontinjen Malaysia telah mencipta dua sejarah di Sukan SEA edisi ke 25.

Pertama pasukan bolasepak dapat mengalahkan Thailand dan mara ke Separuh Akhir bertemu dengan Laos. Sekiranya mereka dapat mengalahkan Laos dan bertemu antara Vietnam dan Singapura untuk mendapat pingat emas bermakna satu lagi sejarah buat pasukan bolasepak negara.

Kedua pasukan badminton wanita negara memenangi pingat emas setelah menanti selama 34 tahun dengan mengalahkan seteru utama Indonesia.

Gambar: Berita Harian
Semoga ada lagi kejutan dan sejarah dicipta di Laos.
Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sunday, December 13, 2009

Separuh Jalan Dah 17 Emas Dipungut


Hari ini masuk hari kelima Sukan SEA ke 25 di Laos sedang berlangsung. Mengikut paparan keputusan yang diambil dari laman web resmi sukan tersebut Malaysia sudah memungut 17 pingat emas. 6 pingat emas dikutip di kolam renang, 5 oleh Karate-Do, 5 Terjun dan Satu dari Tae Kwondo.

Kontingen Malaysia mensasarkan 32 Pingat Emas dan ini bermakna mereka masih memburu sebanyak 15 Emas lagi dalam masa lima hari yang akan datang. Berdasarkan perkembangan dan prestasi yang ditunjukkan tidak sukar untuk kontinjen negara mencapai sasaran tersebut dan besar kemungkinan akan memperolehi lebih dari jumlah yang disasarkan itu.

Sememangnya bagi peminat sukan di negara ini agak sukar untuk mengikuti perkembangan Sukan SEA kali ini kerana tiadanya siaran langsung mahupun laporan khas kecuali untuk mengikutinya melalui berita di media elektronik ataupun laporan lewat di akhbar harian. Mereka yang mempunyai akses kepada internet mungkin agak bernasib baik kerana masih dapat melawat laman web resmi sukan SEA untuk melihat perkembangannya.

Apa yang berlaku sekarang patut diambil iktibar oleh semua pihak yang menganjur sebarang kejohanan bahawa peminat sentiasa ingin mengetahui perkembangan terkini dari semasa ke semasa. Dengan adanya media baru sewajarnya ianya diambil peluang sebagai menggantikan media tradisi iaitu elektronik. Zaman ramai orang sudah menceburi Twitter, Facebook dan blog ini sewajarnya  peminat sukan tidak ketandusan informasi terkini. Saya pasti ramai pegawai dan atlet ada kemudahan Blackberry sekarang dan ia dapat digunakan sebagai penyebar maklumat ke twitter atau facebook. Disamping itu ada satu program percuma dalam internet melalui live blogging iaitu coveritlive yang membolehkan sesuatu acara itu diliputi secara langsung dari venue pertandingan. Saya telah mencubanya semasa Konvensyen Industri Sukan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis Sukan Negara ada menyediakan laman web resmi kontinjen negara di Laos. SINI.

Semoga di masa hadapan laporan-laporan secara langsung melalui internet ini dimenfaatkan kerana bukan semua rakyat Malaysia boleh hadir ke venue sesuatu pertandingan itu.

Laman resmi Sukan SEA ke 25, Laos

Saturday, December 12, 2009

Bolasepak Sea Games - Malaysia 2 - Thailand 1

Tahniah kepada pasukan bolasepak negara di bawah bimbingan K. Rajagopal kerana mencipta sejarah dengan mengalahkan Thailand 2-1 pada pusingan pertama kejohanan di Laos. Kejayaan manis ini terasa kerana berjaya mengalahkan juara 8 kali berturut-turut Sukan SEA itu.

Semoga momentum dan semangat ini tidak menjadi pudar selepas ini. Walaupun Sukan SEA terdiri dari pelbagai sukan, namun jika pasukan bolasepak dapat membawa emas setelah sekian lama menanti, tentu akan menjadi pengubat walaupun jika tidak dapat menjuarai sukan ini keseluruhannya.

Thursday, December 03, 2009

Sukan SEA ke 25 - Bolasepak


Pasukan bolasepak Malaysia membuka tirai dengan kemenangan bergaya di Temasya Sukan Sea di Laos dengan membelasah Tomir Leste 11-10. Walaupun menang besar tetapi rakyat Malaysia masih tidak yakin pasukan Bawah 23 tahun bimbingan K. Rajabopal itu akan melangkah jauh. Ini kerana Timor Leste bukan tandingan Malaysia buat masa ini. Perlawanan itu bolehlah dianggap sebagai sesi pemanasan badan sebelum bertemu dengan saingan sebenar dalam Kumpulan A iaitu Vietnam, Thailand dan Cambodia. Walau apapun, kita patut memberi pujian kepada pasukan negara  atas kemenangan yang besar itu kerana boleh mempengaruhi kedudukan dalam kumpulan di akhir pusingan pertama.
Laporan Harian Metro


Saturday, November 15, 2008

Sukan SEA Edisi ke 25

Laos akan menganjurkan sebanyak 25 sukan sempena Sukan SEA ke 25 pada 13 - 21 Disember 2009. Tiga sukan baru yang disenaraikan itu semuanya memberikan harapan pingat untuk kontinjen negara kita. Sukan-sukan tersebut ialah Memanah, Berbasikal dan Angkat Berat. 

Baca berita selanjutnya di sini. 

Thursday, February 14, 2008

Isu Bola Marathon Gen 2

Malaysia menarik diri dari Sukan SEA di Korat pada hujung tahun 2007 kerana isu bola baru Gen II. Kini bola itu semakin mendapat perhatian dan kajin -kajian mula dijalankan.

Lain-lain berita berkaitan

ISTAF suspends PSM, Ahmad Ismail.
PSMs safety on new ball unfounded.
clipped from www.hmetro.com.my

SELEPAS sebuah universiti tempatan mendakwa bola Marathon Gen II mampu menghadirkan risiko besar buat penggunanya, tiba giliran Institut Sains Sukan (ISN) untuk berkongsi pendapat yang hampir serupa.

Inilah yang ditegaskan oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail sebelum ini.

Kajian universiti tempatan terbabit diserahkan PSM kepada ISN pada 28 Januari lalu bagi mendapatkan pandangan institut berkenaan kerana badan induk kebangsaan itu berpendapat ia adalah penting.

ISN dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata, berdasarkan kajian universiti terbabit, memang terdapat beberapa keraguan terhadap faktor keselamatan bola berkenaan.

“Kajian itu mendapati bola terbabit berupaya menghasilkan kesan yang lebih berbanding bola biasa kerana ia lebih padat dan universiti berkenaan berpendapat ia mampu menghadirkan risiko kecederaan terutama bahagian kepala pemain.


blog it

Saturday, June 23, 2007

Ten Athletes For European Training Stint

June 23, 2007 22:09 PM

KUALA LUMPUR, June 23 (Bernama) -- The Malaysian Amateur Athletics Union (MAAU) will send 10 athletes for a one-month training stint in Bulgary as well as competing in various competitions in Europe this month.

Its vice-president, Karim Ibrahim said the training was in preparation for the 24th Southeast Asian Games in Korat, Thailand, in December.

"It's one way of giving them the right exposure to high-level competitions as well as building their self-confidence," he told Bernama when contacted here today.

Karim added that MAAU's main objective was winning more medals than the previous Manila SEA Games in 2005.

He said that the final list of Malaysian athletes for the Korat Games would be announced by MAAU president and Perlis Menteri Besar Datuk Seri Shahidah Kassim in a month's time.

The 10 athletes for the European training stint consisted of six men and four women competing in various field and track events.

The six male athletes are Mohd Robani Hassan (110m hurdles), Muhd Faiz Mohamad (110m hurdles), Rayzam Shah Wan Sofian (110m Hurdles), Mohd Syah Amri Md Suhaimi (Long Jump), Shahadan Jamaludin (400m hurdles) and Lee Hap Wei (High Jump).

While the women athletes are Moh Siew Wee (100m hurdles), Ngew Sin Mei (Long Jump and Triple Jump), Siti Hasdah (Hammer Throw) and Roslinda Samsu (Pole Vault).

He said Roslinda Samsu, who was the gold medalist in Pole Vault at the Manila SEA Games and had qualified for the Beijing Oylmpics next year, will undergo a special training arrangement in Germany under an Australian coach.

"They will depart to Bulgary on June 27, led by national head coach, Mohd Hanafi Latip.

"After the completion of the training, MAAU will evaluate their performance and finalise the potential medalists to represent Malaysia in the Korat SEA Games," he said.

-- BERNAMAPublish Post

Wednesday, March 07, 2007

Logo dan Mascot Sukan SEA ke 24

Lamanweb Sukan SEA ke 24 di Korat, Thailand. Siapa tahu baca?

Kalah Menang Dalam Sukan

Malaysia Sukar ulangi Kejayaan di Manila 2005. Demikian tajuk dalam ruangan sukan Berita Harian bertarikh 7hb Mac 2007. Di Manila Malaysia telah memenangi sebanyak 61 Emas, 50 Perak dan 64 Gangsa. Pada tahun 2007 ini Sukan SEA akan diadakan di Korat, Thailand.

Bagi peminat sukan majoriti yang nampak kejayaan negara ialah dari segi jumlah pingat yang dipungut. Mereka tidak kira kualiti pencapaian. Dalam Kursus Sains Sukan Tahap II di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan jurulatih didedahkan dengan konsep kalah menang dalam sukan. Tujuannya ialah agar jurulatih dapat menyampaikan konsep bahawa menang dalam sukan bukan sekadar ditentukan oleh keputusan perlawanan secara objektif. Jika dalam perlawanan bolasepak Pasukan A menjaringkan 2 gol sementara Pasukan B menjaringkan 1 gol, maka pasukan A dianggap menang. Itu secara objektifnya. Tetapi bagi seorang jurulatih mereka harus melihat lebih jauh dari itu. Walaupun Pasukan A dalam contoh di atas mengatasi lawannya dengan kelebihan 1 gol tidak semestinya pasukan B diaggap tewas dalam konsep Kalah Menang dalam sukan. Mungkin Pasukan memberikan persembahan yang lebih baik tetapi nasib tidak menyebelahi mereka menyebabkan mereka tidak dapat menjaringkan satu lagi gol untuk menyamai Pasukan A.

Sebagai seorang peminat sukan yang kritikal kita harus melihat kualiti persembahan dalam sesuatu perlawanan dan bukan sekadar keputusan.

Jika sekiranya Nazmizan mencatat masa 10.01 saat dalam larian 100 meter di Korat kelak tetapi keputusan objektifnya dia hanya memenangi pingat Gangsa, apakah kita kata Nazmizan tewas. Belum ada pelari pecut mencatit masa elektronik sebaik itu dan ini menunjukkan kualiti persembahan Nazmizam adalah lebih baik walaupun tewas secara objektif. Inilah yang harus kita lihat dalam menilai prestasi sesuatu pasukan.

Sehubungan dengan itu jika kontingen negara tidak mampu mencapai jumlah pingat yang sama seperti di Manila sekalipun, kita tidak seharusnya mempersalahkan Majlis Sukan Negara sebagai pihak yang bertanggungjawab menyediakan atlet negara. Kita harus lihat kualiti atlet yang bertanding dan hasil persembahan mereka. Jika pencapaian peribadi mereka meningkat dan lebih baik dengan mencipta masa, jarak atau mata yang tinggi, maka atlet-atlet itu harus diberi penghargaan. Kita yang sentiasa membuat teguran dan komen ini, adakah mampu melakukan apa yang atlet kita lakukan? Adakah kita sanggup mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan keluarga seperti mereka semata-mata untuk mengalas Jalur Gemilang dan mengibarkannya tinggi di arena antarabangsa. Kita janganlah diumpamakan sebagai Menang Sorak Kampung Tergadai. Jumlah pingat sahaja banyak tetapi kualiti pencapaian tidak sehebat mana.

AFFILIATE

Powered By Blogger