Tuesday, August 29, 2006

Pestabola Merdeka Edisi 23

Pestabola Merdeka Edisi ke 23 telah bermula pada 23 Ogos lalu dengan harapan pasukan negara akan merubah persepsi peminat terhadap mutu bolasepak negara dan juga memperbeiki ranking dalam senarai dunia. Semasa blog ini ditulis, ranking negara berada pada tangga 148 (ranking Ogos 2006). Jurulatih negara En. Norizan Bakar atau Cikgu Jan juga mengharapkan barisan di bawah pimpinannya akan dapat memberikan satu persembahan yang baik.

Dalam pestabola kali ini tiga lagi pasukan yang turut mengambil bahagian ialah Indonesia (146), Thailand (111) dan Myanmar (164). Jelas daripada ranking kesemua pasukan yang mengambil bahagian kali ini , Malaysia adalah yang paling corot. Terpulanglah pada Cikgu Jan dan anak-anak buahnya untuk membuktikan bahawa ranking itu tidak menunjukkan prestasi sebenar pasukan negara. Tidak dapat dipastikan mengapa tiga negara tersebut diundang dan bukannya negara lain yang lebih rendah rankingnya seperti Brunei(178), Laos (182) dan Kampuchea (184).

Kalau berdasarkan kriteria pengiraan untuk ranking, maka strategi FAM ialah untuk mengambil kira kekuatan pasukan lawan sebagai cara untuk menaikkan ranking negara. Setelah perlawanan diadakan maka hasilnya Malaysia seri dengan Indonesia 1-1, menang dengan Thailand 2-1 sementara kalah dengan Myanmar 2-1. Sema-samalah kita lihat apa kesannya hasil keputusan dalam Pestabola kali ini terhadap ranking pasukan negara untuk bulan September 2006.

Hasil dari Pestabola kali ini juga, sekali lagi peminat bolasepak negara keciwa kerana tidak dapat melihat pasukan negara memasukki perlawanan akhir dan seterusnya berpeluang menjulang Piala pada tahun ini.

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger