Monday, November 13, 2006

Tajaan Syarikat Rokok

Sebagai peminat sukan saya mengucapkan syabas atas ketegasan Tengku Abdullah mengenai isu MAFA hendak menjadikan syarikat rokok sebagai penaja pasukan bolasepaknya untuk musim 2007 nanti. Keinginan MAFA yang sudah tahu bahawa rokok dan sukan tidak boleh berada di gelanggng yang sama adalah ibarat hendak bermain dengan api.

FIFA sendiri sudah lama menolak penajaan syarikat rokok dengan permainan bolasepak sehingga kita hampir-hampir tidak dapat menyaksikan siaran langsung Piala Dunia 2002 di Korea/Jepun kerana FAM masih menggunakan syarikat rokok sebagai penaja dalam Liganya.

Cadangan MAFA itu sendiri adalah bertentangan dengan kempen Tak Nak kerajaan untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat negara ini.

“Mafa dinasihatkan mencari serta memilih penaja lain, bukan syarikat rokok kerana tindakan memilih syarikat terbabit sebagai penaja akan memberikan imej buruk kepada pasukan berkenaan.

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger