Sunday, April 22, 2007

Jurulatih Yang Berjaya

Salah satu kriteria untuk menjadi seorang jurulatih yang berjaya ialah stadil emosi. Ini telah dibincangkan di bawah topik Memahami Sukan dalam Kursus Sains Sukan tahap I Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). Bagi menjadikan diri seorang jurulatih yang berjaya ia hendaklah boleh mengawal emosinya dalam apa jua hal.

Saya membangkitkan perkara ini untuk dihubungkaitkan dengan peristiwa jurulatih Negeri Sembilan, Hetem Soussi yang telah menyerang dan mencederakan seorang penonton di Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Saya rasa tidak ada sesiapa yang akan bersimpati dengan sikap tidak proesional jurulatih tersebut. Apa yang lebih tidak profesional ialah beliau merempuh masuk ke kawasan penonton untuk menyerang. Sebaliknya jika penonton itu memasukki kawasan padang, maka ramai akan bersimpati kerana beliau diserang.

Peristiwa Hatem menyerang ini bukan perkara baru dalam sukan. Ia sudah banyak berlaku. Pergaduhan dalam sukan adalah satu lumrah kerana sukan disertai oleh manusia yang mempunyai perasaan dan emosi. Tetapi bagi pegawai sukan mereka hendaklah ada etika masing-masing kerana mereka adalah merupakan idola dalam dunia yang tersendiri.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyifatkan tindakan itu sebagai ‘tidak profesional’

“Kalau dia (Hatem) kata dia profesional, dia perlu tahu menjaga perilakunya dan bukannya membuat tindakan seperti itu.

“Dari mata kasar, apa yang dilakukan Hatem memang salah dari segi etika tetapi ia terpulang kepada jawatankuasa disiplin meneliti dan menilai apa yang berlaku sebelum menjatuhkan hukuman.

“Saya sangat berharap supaya semua jurulatih memiliki mental yang kuat ketika menghadapi sebarang tekanan termasuk daripada penonton, bersikap lebih sabar, mampu mengawal emosi dan menjadi contoh yang baik kepada pemain,” katanya.

Utusan : Presiden PBNS anggap tindakan Hatem memalukan

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger