SELEPAS sebuah universiti tempatan mendakwa bola Marathon Gen II mampu menghadirkan risiko besar buat penggunanya, tiba giliran Institut Sains Sukan (ISN) untuk berkongsi pendapat yang hampir serupa.
Inilah yang ditegaskan oleh Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail sebelum ini.
Kajian universiti tempatan terbabit diserahkan PSM kepada ISN pada 28 Januari lalu bagi mendapatkan pandangan institut berkenaan kerana badan induk kebangsaan itu berpendapat ia adalah penting. ISN dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam berkata, berdasarkan kajian universiti terbabit, memang terdapat beberapa keraguan terhadap faktor keselamatan bola berkenaan.
“Kajian itu mendapati bola terbabit berupaya menghasilkan kesan yang lebih berbanding bola biasa kerana ia lebih padat dan universiti berkenaan berpendapat ia mampu menghadirkan risiko kecederaan terutama bahagian kepala pemain.
|
No comments:
Post a Comment