Berita Harian hari ini melaporkan bahawa pasangan bergu utama negara mungkin digugurkan daripada bersaing di Sukan Olimpik Beijing tahun ini. Iin adalah berdasarkan prestasi mereak yang merosot. Rexy Mainaky yang bertanggungjawab melahirkan pasangan itu hingga ke peringkat ranking ke 3 dunia keciwa dengan persembahan mereka di Temasya All-England dan Terbuka Denmark. Apa lagi kehadiran mereka ke kedua-dua kejohanan itu sebagai juara bertahan.
Di Birmingham, Kien Keat-Boon Heong tumbang seawal pusingan pertama di tangan beregu Jepun, Shintaro Ikeda-Shuichi Sakamoto sebelum ditumpaskan beregu nombor tiga negara, Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif pada pusingan kedua Terbuka Switzerland di Basel. -Berita harian.
"Kami memang bimbang dengan kemerosotan prestasi mereka sejak kebelakangan ini. Jika langkah menggugurkan mereka dianggap sebagai yang terbaik demi cabaran kontinjen negara, BAM tidak akan teragak-agak untuk melakukannya," kata Ganga.
FAKTA NOMBOR (Berita Harian)
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong
3 - Ranking dunia
69101.13 - Mata dipungut sehingga 13 Mac 2008
6 - Jumlah kemenangan sejak Terbuka Malaysia 2007
28 - Oktober 2007 kemenangan terakhir (Terbuka Denmark)
No comments:
Post a Comment