Pasukan badmintonPiala thomas Malaysia telah melangkah masuk ke Separuh akhir selepas menewaskan Jepun 3-0 di Istora Senayan Jakarta. Dalam peringkat separuh akhir akan bertemu dengan pilihan no 1 China. Korea telah awal-awal lagi memasang strategi untuk mengelak dari bertemu China di peringkat ini dengan sengaja tewas kepada negara kita di peringkat awal. Dalam dunia sukan ia merupakan satu pangkah yang dianggap tidak bersemangat kesukanan (unsportsmanship conduct). Korea sepatutnya bertanding secara gentleman. If you are strong you are strong.
Namun Malaysia tidak sepatutnya mempersalahkan strategi orang lain kerana kita juga mampu mengatur strategi. Tetapi Malaysia memilih untuk bertanding secara gentleman. Jika pun kita tewas kepada pasukan yang lebih handal dan kuat, pasukan harus dipuji sekiranya bermain dengan cemerlang. Dalam sukan semestinya ada kalah dan ada yang akan menang. Ini kerana ukuran pencapaian boleh dibuat dari dua aspek secara saintifiknya. Performance Goal dan Outcome Goal. Jika pasukan Malaysia tidak berjaya menepati Outcome Goal maka mereka harus capai Performance Goal. Walaupun peminat sukan tidak menerima performance goal sebagai satu bentuk kemenangan tetapi bagi ahli sukan ia hendaklah dijadikan sebagai satu kepuasan.
Sudah lama negara kita mengidam untuk membawa balik piala paling berprestij dalam dunia badminton ini dan persoalan sekarang ialah mampukah barisan negara memecahkan tembok besar China?

No comments:
Post a Comment