Saya rasa sangat terharu apabila mengetahui bahawa KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengambil perhatian terhadap isu Pengurus Bolasepak Kedah, Dato Othman Aziz meletak jawatannya. KDYMM Tuanku Sultan Kedah telah menunjukkan prihatinnya terhadap sukan amnya dan pasukan bolasepak khususnya untuk tidak menerima perletakan jawatan Dato Othman Aziz selaku Pengurus Bolasepak skuad Kenari. Selepas Allahyarham Dato Ahmad Basri Akil adalah dilihat Dato Othman dapat mengantikan tempat beliau. Di bawah pengurusan Dato Othman Aziz, Kedah berjaya mencipta Double Treble, sesuatu yang sukar ditandingi oleh mana-mana pasukan di negara ini dalam masa yang dekat. Kejayaan ini menunjukkan keberkesanan kepimpinan Dato' Othman dalam bolasepak.
Saya pernah berkesempatan duduk dan mendengar sembang Dato Othman dan dalam hati dapat melihat stail kepimpinannya. Pada waktu itu Kedah baru mencipta treble buat kali pertama. Butir bualnya memperlihatkan satu stail kempimpinan yang eclectik dan inilah yang membuahkan kejayaan buat Kedah Darulaman dalam Liga Malaysia. Saya yakin dengan kepimpinan Dato Othman untuk musim 2008/2009, Kedah akan mampu mencipta kejutan lagi jika semua pihak yang terlibat dalam pasukan Sang Kenari terus bekerjasama dan bersepakat seperti yang dikehendakki oleh Dato Othman.
Antara sebab mengapa Dato Othman Aziz meletakkan jawatan selaku pengurus Kedah ialah berlainan fahaman politik, dan beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan Negeri. Tetapi saya rasa 'the last straw that break the camels back' ialah dakwaan beliau terbabit dalam penyalahgunaan wang KFA. Bagi saya jawapannya senang. Di mana-mana pasti ada pihak yang dengki dan iri hati dengan kejayaan seseorang. Oleh itu berbagai jalan dicari untuk menjatuhkan seseorang berkenaan. Di Malaysia dua perkara yang dilihat berkesan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin. Pertama skandal seks dan kedua salah guna wang.
Dipetik dari Kosmo : "Saya percaya kontroversi yang sengaja ditimbulkan untuk memburukkan Othman dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) juga didakwa sengaja ditimbulkan oleh pihak yang mungkin mempunyai kepentingan tersendiri,"
Petikan dari Kosmo : Selain itu, dia juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terdapat beberapa kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana oleh beberapa individu dalam KFA sejak tahun 2003 seperti dalam laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli majlis KFA baru-baru ini.
Jelasnya, dakwaan tersebut adalah satu fitnah, pembohongan dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej, kewibawaan dan mencemarkan nama baiknya serta ingin menafikan segala sumbangan yang telah dihulurkan bagi menjulang nama Kedah dalam sukan bola sepak musim 2006/07 dan 2007/08.
Saya rasa seluruh penyokong bolasepak Kedah Darul Aman pasti rasa gembira apabila KDYMM Tuanku Sultan tidak merestui perletakan jawatan Dato Othman Aziz itu. Bagi saya khidmat dan bimbingan Dato Othman masih diperlukan dan diharapan Dato mengenepikan fahaman politik kerana sukan adalah merupakan satu-satunya agenda yang tidak mengenali bangsa, agama, keturunan dan fahaman politik.
1 comment:
Terima kasih. Namukeputusan yang muktamad telah dibuat demi kepentingan KENARI.
Post a Comment