Wednesday, January 21, 2009

Sukan Negara Diambang 2009

Tahun 2009 telah membuka tirainya dengan kejayaan Datuk Lee Chong Wei menjadi juara Malaysian Super series di Kuala Lumpur. Walaupun kemenangannya itu tidak berterusan di Terbuka Korea Selatan, tetapi kita tidak sepatutnya terus menyalahkan beliau atas kekalahan itu. Benarlah kata beliau "Saya Juga Manusia Biasa", bahawa dalam sukan prestasi tinggi, seseorang atlet itu harus memilih puncak yang ingin disasarkan untuk menang. Dia tidak boleh menang semua kejohanan kerana pemilihan kejohanan untuk dimenangi adalah penting dalam periodisasi seseorang atlet. 

Berbasikal juga menunjukkan peningkatan memberansangkan dengan memcipta sejarah membawa pulang duapingat emas dalam Kejohanan Berbasikal Trek Piala duniaUCI di Velodrom Laoshan baru-baru ini. 
Skuad atlet remaja negara baru sahaja pulang dari menyertai Australian Youth Olympic Festival dengan membawa balik empat pingat emas. Inilah barisan atlet muda yang akan terus membawa cabaran negara untuk mengibarkan jalur gemilang di arena sukan antarabangsa dalam masa yang terdekat. 

Dalam bolasepak pula pasukan negara membuka tirai kelayakan Piala Asia 2011 dengan menemui Emiriyah Arab Bersatu (UAE)  di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini (21/01/09). 
Semoga kejayaan di awal tahun ini akan menjadi pendorong ke arah kejayaan-kejayaan yang lebih bermakna seterusnya.


No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger