Lembaga Kejurulatihan melalui sekretariatnya, Majlis Sukan Negara telah berjaya menganjurkan satu Konvensyen Instruktur Sains Sukan dan Tarining of Insrtuctors bertempat di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 100 orang instruktur Sains Sukan telah menghadiri konvensyen tersebut yang dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan.
Konvensyen tersebut telah menghimpunkan para instruktur yang dilantik untuk membantu Majlis Sukan Negara melaksanakan Kursus-kursus Sains Sukan yang dijalankan di seluruh negara. Mereka terdiri daripada ahli-ahli akademik dan juga di kalangan individu-individu yang mempunyai latar belakang sukan dan kejurulatihan.
Majlis Sukan telah melaksanakan Kursus Sains Sukan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) sejak tahun 1987 dan mengikut statistik yang disimpan oleh MSN, seramai lebih 12 ribu orang yang terdiri dari berbagai latar belakang sukan telah di dedahkan dengan ilmu Sains Sukan. Namun demikian apa yang dikesalkan, ialah di manakah jurulatih-jurulatih ini sehingga pihak-pihak yang ingin mendapatkan khidmat kejurulatihan terpaksa memberikan kursus yang baru kepada mereka.
Mula tahun 2008 juga, Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum (BSSK) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengujudkan program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) dan program Bayaran Insentif Guru Sukan (BIGS) juga memerlukan khidmat lebih ramai guru yang memilikki sijil SPKK. Sehubungan dengan itu mereka telah bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara khususnya Cawangan Pengurusan Kejurulatihan (CPKmsn) untuk menganjurkan Kursus Sains Sukan untuk guru-guru. Kelayakan guru-guru ini mendapatkan sijil SPKK akan membolehkan mereka dibayar elaun latihan di bawah program BIJS.
Konvensyen kali ini juga telah menyaksikan perlantikan lebih kurang 40 orang tenaga pengajar baru untuk membantu Majlis Sukan Negara memandangkan jumlah kursus yang dirancang adalah terlalu banyak. Dijangka tahun 2009, Majlis Sukan Negara telah merancang untuk menganjurkan lebih daripada 300 kursus yang meliputi Sains Sukan dan juga Pengkhususan Sukan. Kursus-kursus Pengkhususan Sukan adalah dengan kerjasama Persatuan Sukan Kebangsaan selaku badan pengawal sukan-sukan berkenaan.

No comments:
Post a Comment