Baru-baru ini aku terlibat dengan satu sukan baru. Paintball. Penglibatan aku bermula dengan menerima pelawaan Advertlets, sebuah syarikat pengiklan di internet mengajak blogger main paintball. Aku menghantar permohonan untuk mencuba. Yes, diterima.
So pada hari pertandingan aku hadir awal kerana dimaklumkan bahawa pendaftaran akan dilakukan pada jam 7.30 pagi. Aku menjadikan disiplin diri untuk hadir lebih awal dari masa yang ditetapkan. Itu juga aku nasihatkan kepada jurulatih-jurulatih sukan dalam setiap kursus yang aku menjadi penyelaras di seluruh negara.
Dalam pertandingan itu kumpulan aku Yakuza telah muncul sebagai naib juara dan dengan itu ditaja oleh MY-NPL untuk mengambil bahagian dalam National Paintball League 2009 yang akan bermula pada 14 dan 15 Februari 2009. Sebagai pendatang baru sememangnya kami akan bertanding dalam Division 4. Aku tak nak tulis panjang-panjang di sini. Bacalah pengalaman aku DI SINI.
Gambar di bawah adalah salah satu kenangan manis yang aku bawa balik selepas permainan itu. Itu kesan terkena tembakan paintball. Maklumlah just pakai baju biasa. Tetapi kesan ini tidak akan melemahkan aku untuk terus bermain. Malah aku sudah mula naik gian untuk main lagi.

No comments:
Post a Comment