Nama Datuk Ghani Minhat satu nama yang cukup gah dalam arena bolasepak negara ditahun 50an dan 60an. Beliau bermain untuk Selangor dan mewakili Malaya pada waktu itu. Kehebatan beliau menyebabkan beliau digelar sebagai Raja Bola dan kini merupakan satu lagenda yang masih lagi kita mencari pengantinya.
Melalui satu laporan Bernama, Datuk Ghani telah memberikan pandangannya untuk mengembalikan semula kegemilangan bolasepak negara. Bagi memeriahkan sesuatu pertandingan sememangnya kehadiran penonton amatlah diperlukan. Ini kerana bolasepak bukan sekadar satu sukan tetapi juga berperanan sebagai satu hiburan atau entertainment. Mengikut Datuk Ghani, sebagai satu hiburan maka ia memerlukan "selebriti' atau ikon yang boleh menjadi idola. Beliau memberikan nama Allahyarham Mokhtar Dahari sebagai satu contoh.
Beliau seterusnya mengatakan bahawa peminat bolasepak tidak sekadar ingin menonton satu tahap kemahiran sahaja tetapi memerlukan bintang dalam semua posisi. Beliau dipetik sebagai mengulas ucapan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bahawa persatuan bolasepak negeri-negeri yang berhadapan dengan masalah kewangan untuk bertanding dalam Liga Malaysia yang sedang berlangsung. Datuk Ghani seterusnya berkata bahawa FAM bertanggung jawab dalam mengembalikan kegemilangan bolasepak negara.
FAM juga dalam Kongress ke 64nya juga bercadang untuk kembali kepada Liga Semi Pro. Dalam hal ini,Datuk Ghani berpendapat ia akan menimbulkan implikasi lain pula, sebagai contohnya penurunan gaji pemain. Begitu juga jika jumlah penyertaan dikurangkan akan menyebabkan kurang pula perlawanan yang mempengaruhi pendapatan dari hasil penjualan tiket. Disamping itu pemain juga mempunyai peluang yang berkurangan untuk bermain dan ini mengurangkan pendedahan dan pengalaman.
Laporan BERNAMA.
No comments:
Post a Comment