Saturday, July 04, 2009

Newcastle United: Bakal Milik Rakyat Malaysia

Jika dahulu mantan Perdana Menteri Thiland, Thaksin Shinawatra memilikki pasukan bolasepak Liga Inggeris Liverpool, kini sebuah lagi pasukan kelab dalam Liga Inggeris dijangka akan mempunyai pemilik dari Asia Tenggara juga. The Sun UK mendedahkan perkara ini dan di khabarkan akan di beli oleh jutawan telekomunikasi Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan. Beliau orangnya yang berada di belakang bidaan untuk membeli kelab itu dengan nilai 80 juta pound (RM 460.6 juta).

Ananda Krishnan, 71 tahun, adalah pemilik syarikat komunikasi Maxis, Tanjung Plc. Measat dan Astro sedang berbincang dengan Mike Ashley, pemiliknya sekarang, yang dikatakan meminta sebanyak 100 juta pound. Akhbar di England juga melaporkan seorang lagi yang berminat untuk membeli pasukan itu ialah sebuah konsortium dari Amerika Syarikat.

Kebetulan masa saya sedang menulis posting ini, Buletin Utama menyiarkan masalah bolasepak tempatan dan isu pembelian pasukan liga Inggeris itu dibangkitkan oleh peminat yang ditemu ramah. Peminat bertanya mengapa perlu mencurahkan jutaan ringgit untuk menghidupkan bolasepak luar negara sedang bolasepak negara sendiri berada di tahap yang menyedihkan dari aspek kewangan.

Ya tak ya juga. Mengapa tidak menaja bolasepak tempatan melalui iklan-iklan dari syarikat milik beliau. Oooooo.... mungkin juga akan bercanggah dengan TM yang sama-sama berniaga di bidang komunikasi.

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger