Monday, July 20, 2009

Terjun: Pingat Pertama Peringkat Dunia

Leong Mun Yee dan Pandelela Rinong Pamg telah memenangi pingat gangsa dalam acara terjun berpasangan 10 meter di Kejohanan Dunia dan merupakan pingat pertama bagi negara dalam kejohanan peringkat tersebut. Mereka telah memungut 321.66 mata.

Dalam kejohanan yang sama, pingat emas telah dimenangi oleh Chen Roulin dan Wang Xin dari China dengan memungut 369.18 mata. Tempat kedua dimenangi oleh Mary Beth Dunnichay dan Haley Ishimatsu dari Amerika Syarikat dengan 324.66 mata.

My Sukan mengucapkan tahniah kepada pasangan atlet tersebut.

Kredit foto: The Star online.


No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger