Pasukan bolasepak Malaysia membuka tirai dengan kemenangan bergaya di Temasya Sukan Sea di Laos dengan membelasah Tomir Leste 11-10. Walaupun menang besar tetapi rakyat Malaysia masih tidak yakin pasukan Bawah 23 tahun bimbingan K. Rajabopal itu akan melangkah jauh. Ini kerana Timor Leste bukan tandingan Malaysia buat masa ini. Perlawanan itu bolehlah dianggap sebagai sesi pemanasan badan sebelum bertemu dengan saingan sebenar dalam Kumpulan A iaitu Vietnam, Thailand dan Cambodia. Walau apapun, kita patut memberi pujian kepada pasukan negara atas kemenangan yang besar itu kerana boleh mempengaruhi kedudukan dalam kumpulan di akhir pusingan pertama.
Laporan Harian Metro
No comments:
Post a Comment