Apa ni, macam budak-budak. Dalam segmen sukan Buletin Utama malam tadi, disiarkan temuramah media elektronik dengan Presiden KOAM dan antara kata-kata yang diucapkan oleh Presiden itu, dia ajak Ketua Pengarah MSN Dato' Zolkeples Embong bertomoi atau bertumbuk.
Rasa kesal dengan sikap orang dewasa yang mempunyai kedudukan dan berstatus pemimpin meluahkan perasaan seperti kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya kika tidak dapat selesaikan sesuatu masalah dengan baik akan ajak bertumbuk. Inilah tanggapan saya selepas menonton Buletin Utama itu.
Rasa lucu pula. Inikah pemimpin persatuan sukan kita? Harap tidak terjadi kepada pemimpin persatuan sukan yang lain.
No comments:
Post a Comment