Majlis perasmian Program Jerayawara 1 Malaysia 1 Dunia di Bukit Jalil pada 27 Februari 2010 sempena Karnival Jomheboh TV3. Pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya.
Tujuan program tersebut ialah untuk membangkitkan deman Piala Dunia 2010 yang akan diadakan di Afrika Selatan yang akan bermula pada 11 Jun 2010.
Majlis perasmian tersebut dimulakan dengan gimik meletakkan JABULANI, iaitu replika bola resmi yang akan digunakan semasa Piala Dunia kelak.
"Daripada 24 perlawanan siaran langsung, 20 akan disiarkan di TV1 dan empat lagi di TV2, manakala 11 siaran tertunda pula akan disiarkan di TV1,"
LOKASI JERAYAWARA SETERUSNYA
Lapan lokasi seterusnya iaitu di Jusco Seremban (13-14 Mac), Plaza Angsana, Johor Bahru (27-28 Mac), Gurney Plaza, Pulau Pinang (10-11 April), Green Town Mall, Ipoh (24-25 April) KB Mall, Kota Bahru (1-2 Mei), East Cost Mall, Kuantan (15-16 Mei), Spring Hill, Kuching (29-30 Mei) dan One Utama, Damansara (5-6 Jun). - mStar
No comments:
Post a Comment