Laporan AFP dari Helsinki, Finland memberitahu bahawa David Beckham tidak dapat beraksi di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pada Jun ini. Ini adalah merupakan pengesahan Doktor Sakari Orava, yang melakukan pembedahan
pada Achilles tendon pemain tersebut yang koyak.
Hanya tinggal lebih kurang tiga bulan sahaja lagi sebelum Piala Dunia dilangsungkan dan pembedahan itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan sebelum sembuh sepenuhnya. Bechkam mengalami koyak pada tendon Achilles ketika beraksi untuk AC Milan menetang Chievo Verona baru-baru ini.
Pemain berusia 34 tahun itu terus mengambil pesawat peribadinya ke Bandar Turku di Finland untuk menjalani pemeriksaan dan pembedahan di Hospital Mehilaeinen.
Gambar dari Huttington Post
No comments:
Post a Comment