Thursday, May 27, 2010

Buletin Majlis Sukan Negara

Dalam ketandusan bahan bacaan di arena sukan khususnya informasi sukan tanah air, Majlis Sukan Negara telah mengorak langkah menerbitkan sebuah Buletin untuk menyampaikan informasi kepada pembaca khususnya peminat-peminat sukan. Walaupun ia boleh dikatakan sebagai sudah long overdue, tetapi MSN tidaklah terlalu lambat dalam usaha menerbitkan Buletin ini.  Edisi pertama Buletin tersebut diterbitkan pada bulan Mei 2010 yang mempertkatakan tentang cabaran Getir 2010.

Penerbitan Buletin ini menambahkan satu lagi bahan bacaan terbitan Majlis Sukan Negara. Sebelum ini Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan melalui Cawangan Kejurulatihan meberbitkan Buletin Jurulatih yang lebih memberikan tumpuan terhadap kejurulatihan dan sains sukan. Buletin tersebut diterbitkan dua kali setahun secara terhad.

Keluaran pertama Buletin MSN ini memberikan fokus terhadap program dan aktiviti yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara disamping memperkenalkan dengan lebih lanjut lagi personaliti sukan tanahair. Edisi pertama ini memberi tumpuan kepada Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Disamping itu juga dimuatkan temubual ekslusif dengan Ketua Pengarah MSN, Dato' Zolkples Embong tentang wawasan dan aspirasi beliau terhadap sukan negara.

Dalam kita mengharung arus kegemilangan sukan, Buletin ini juga tidak lupa mengaitkan aspek kerohanian dengan sukan kerana manusia dan Tuhan tidak dapat dipisahkan. Bagi pengiat sukan yang beragama Islam, tidak rugi juka dapat membaca topik Sukan Juga Satu Jihad.

Sebarang pertanyaan berkaitan Buletin ini bolehlah dirujuk kepada
Sidang Pengarang Buletin MSN
Majlis Sukan Negara
Tel: 03-89929838
atau email:  buletin@nsc.gov.my  
  

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger