Wednesday, June 02, 2010

Ego Dan Sukan

Kali pertama saya mendengar bahawa atlet kita mesti tunjukkan egonya sewaktu berhadapan dengan pasukan lawan. Ianya diluahkan oleh seorang pensyarah UiTM Permatang Pauh sewaktu merasmikan Kursus Sains Sukan di sana. Dalam ucapannya, beliau mengatakan jurulatih sepatutnya melatih atlet masing-masing bersikap ego apabila berada di gelanggang sebelum memulakan pertandingan. Walaupun pada ketika lain, mereka boleh menjadi seprang yang berbudi pekerti dan menghormati orang lain tetapi sewaktu berada di padang untuk sesuatu pertandingan, sikap itu tidak perlu ada. 

Jika kita lihat setiap kali atlet hendak memulakan perlawanan, mereka akan bersalam dengan pemain pasukan lawan dan menunjukkan muka yang manis dan penuh hormat terhadap lawan. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana berkeadaan seperti itu akan membuatkan kita rasa rendah diri.

Selepas mendengar ucapan itu saya mula memikirkan apa yang diucapkannya dan saya bersetuju benar dengan pandangan pensyarah tersebut. 

Kali kedua saya mendengar pandangan yang sama ialah semasa menghadiri satu kursus yang lain dan kali ini diucapkan pula oleh bukan orang sukan apabila beliau mengaitkan dengan kegagalan Malaysia merebut Piala Thomas baru-baru ini. Beliau membandingkan sikap atlet Malaysia dengan atlet China khususnya Lin Dan yang menunjukkan sikap egonya setiap kali diteruramah atau turun gelanggang untuk bertanding.  

Saya telah merujuk kepada kamus internet perkataan ego dan ini apa yang saya jumpa.
 The self, especially as distinct from the world and other selves.
2. In psychoanalysis, the division of the psyche that is conscious, most immediately controls thought and behavior, and is most in touch with external reality.
3.
a. An exaggerated sense of self-importance; conceit.
b. Appropriate pride in oneself; self-esteem.

[New Latin, from Latin, I; see eg in Indo-European roots. Sense 2, translation of German Ich, a special use of ich,I, as a psychoanalytic term.]

The American Heritage® Dictionary of the English Language, Fourth Edition copyright ©2000 by Houghton Mifflin Company. Updated in 2009. Published by Houghton Mifflin Company. All rights reserved.

ego [ˈiːgəʊ ˈɛgəʊ]
n pl egos
1. the self of an individual person; the conscious subject
2. (Psychoanalysis) Psychoanal the conscious mind, based on perception of the environment from birth onwards: responsible for modifying the antisocial instincts of the id and itself modified by the conscience (superego)
3. one's image of oneself; morale to boost one's ego
4. egotism; conceit
[from Latin: I]
semua menjurus kepada one's image of oneself. Dalam sains sukan jurulatih sukan telah didedahkan dengan maklumat tentang self image. Apabila seseorang itu memilikki self image yang positif maka ia akan mendorong dirinya untuk bertindak secara positif juga. Jurulatih seharusnya melatih atlet masing-masing mempertingkatkan imej kendiri mereka kerana ia dapat membantu meningkatkan pencapaian dalam sukan.  
mengapakah atlet mesti bersikap ego sewaktu hendak berhadapan dengan lawan. Mudah sahaja jawapannya. Bagaimana perasaan kita apabila orang yang kita temui itu menunjukkan sikap ego terhadap kita? Tentu akan timbul rasa marah kerana menganggap dia sombong. 
Marah!. Marah semasa bermain adalah salah satu penyebab pencapaian seseorang itu merosot. Jadi bersikap ego itu akan membuatkan lawan rasa marah dan menanam rasa dendam untuk 'mengajar' sikap egonya itu. Bermain dengan perasaan marah akan menyebabkan kita hilang kawalan. Itulah sebenarnya mengapa atlet mesti menunjukkan ego semasa berada dalam persekitaran pertandingan. 

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger