Hari ini masuk hari kesembilan Sukan Komanwel berlangsung di New Delhi dan Malaysia baharu sahaja memperolehi pingat emas ke tujuhnya melalui penerjun Pandalela Renong yang mendebarkan kerana beliau memetraikan namanya sebagai pemenang emas melalui terjunan terakhir setelah menduduki ranking kedua sebelum itu. Tahniah kepada Pandalela.
Sasaran negara untuk memperolehi lebih daripada sepuluh pingat sebagai usaha memperbaiki kedudukan stelah mencapai jumlah itu di tempat sendiri melalui Kuala Lumpur 98. Itulah pencapaian terbaik penyertaan negara di tempat sendiri. Kontinjen negara kali ini pergi ke New Delhi dengan satu misi iaitu untuk membebaskan diri dari gelaran jaguh kampung. Sekiranya kontinjen negara berjaya mencapai sekurang-kurangnya 10 pingat emas pun sudah memadai untuk membuktikan mereka bukanlah jaguh kampung dan pelaburan negara melalui wang cukai rakyat tidak sia-sia.
Para atlet negara masih ada baki tiga hari lagi untuk mencapai sasaran tersebut. Chef de Mission kontinjen negara, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib masih optimis sasaran itu dapat dicapai. Menurut beliau seperti yang ditemuramah oleh Utusan bahawa, kita masih ada beberapa acara lagi yang atlet kita hebat seperti badminton, skuasy dan boling padang.

Semoga atlet negara yang masih lagi ada cabaran menanti, tidak akan mengeciwakan 28 juta rakyat Malaysia kerana kejayaan mencapai matlamat di New Delhi adalah perupakan pencetus semangat untuk bersaing pula di Sukan Asia di Guangzhou November nanti.
Walau apapun, Malaysia masih lagi yang terhebat di rantau ini selepas Australia dan tuan rumah India. Saingan terdekat ialah Singapura tetapi kelebihan kita ialah Malaysia mempertaruhkan warga sendiri untuk menaikkan imej negara di mata sukan antarabangsa.

2 comments:
Kita mampu untuk mencapai sasaran 10 pingat emas dan kali ini banyak kejutan berlaku. Tahniah kepada atlet dan membuatkan saya bangga menjadi rakyat malaysia.Daripada apa yang saya lihat kita tidak mampu melawan apatah lagi membawa pingat dalam sukan-sukan tertentu seperti hoki, olahraga, rugby dan bola sepak secara amnya walaupun tidak dipertandingkan di sukan commonwealth.Bagi saya tidak ada guna melabur wang terlalu banyak pada sukan yang tidak dapat memberi pulangan sebaliknya lebih baik kita melabur di dalam sukan-sukan yang mempunyai masa depan yang cerah contohnya terjun, memanah, berbasikal,angkat berat dan menembak. Sebagai contoh lihatlah negara Korea Selatan, mereka bukanlah kuasa utama sukan tetapi mempunyai jaguh-jaguh dunia dalam acara memanah. Saya tinggal di UK dan saya lihat kanak-kanak pada usia 6 tahun sudah pun menyertai akademi berbasikal jadi tidak hairanlah bagaimana mereka boleh menguasai acara berbasikal di sukan Olimpik.Mereka berlatih sekurang-kurangnya 6 hari seminggu dan juga jaga permakanan.Kalau mereka boleh buat kita pun boleh.Malaysia Boleh!!!!
Terima kasih Rizal atas komen anda. Atlet Malaysia telah membuktikan kehebatan mereka dengan memungut 12 Emas, 10 Perak dan 13 Gangsa.
Saya setuju dengan cadangan sdr. Lagi pun memang di dalam Dasar Sukan Negara yang digubal pada tahun 1988, ada disebutkan tentang memberikan tumpuan kepada sukan-sukan prioriti. Kita tidak berupaya untuk menang dalam semua sukan lebih-lebih lagi sukan yang mempunyai body contact.
Post a Comment