Monday, December 27, 2010

Twitter Dan Piala AFF Suzuki

Tidak dapat dinafikan Twitter juga agak sesak walaupun tidak sesesak di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum, semasa dan selepas tamat perlawanan akhir pertama malam tadi. Ternyata twitter adalah salah satu laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan pengemar laman sosial walaupun kliennya mungkin tidak sama dengan Facebook, Myspace dan sebagainya.

Posting-posting meniup semangat kepada barisan pemain  sudah bermula lebih awal daripada sepak mula lagi. Peminat boleh menghantar mesej kepada #Nikeshout. Ini mungkin salah satu daripada trending topic yang diujudkan. 

Nama Rahma Azhari ini hangat di seberang sana sebagai orang yang menjadi 'pengintip' untuk mencungkil rahsia dan strategi jurulatih yang akan digunakan semasa perlawanan akhir nanti. Mengikut sebuah laman web terselubung, ada sebuah posting yang mengaitkan Rahma Azhari. Wanita ini dilabelkan sebagai pengintip nombor 1 di Indonesia. 

Berikut saya petik apa yang ditulis di Tersebulung

Setelah sukses mendekati pelatih Philipine untuk mendapatkan bocoran taktik yang akan digunakan kesebelasan philipine melawan Indonesia, kini Rahma Azhari beraksi kembali mendekati pelatih Malaysia Raja Gopal untuk mendapatkan informasi taktik yang akan digunakan raja gopal pada pertandingan leg ke dua di GBK antara Indonesia vs Malaysia.

Dipaparkan juga gambar hiasan sebagai mendakwa kehebatan Rahma tetapi ia hanya satu foto menggunakan teknik photoshop. Lihat hasilnya di bawah. 
http://gosip.ucilblog.com/wp-content/uploads/2010/12/rahma_azhari_timnas_filipina3.jpg

Selepas jurulatih Filipina, Rajagopal pula akan menjadi mangsa kedua seperti yang terdapat dalam posting oleh seorang tweeter. Mungkin juga ia sebagai satu bahan sendaan untuk menambahkan lagi asam garam kehangatan Final Piala AFF Suzuki itu. Mungkin juga ia satu perang psikologi.
Malam tadi selepas penjaga gol Indonesia diganggu oleh sinaran laser daripada penonton yang tidak bertanggungjawab, tweeter sekali lagi menjadi medan untuk melepaskan geram oleh majoriti penonton di Indonesia (pada pendapat saya), sehingga #malaysiacheatlaser telah menjadi world number one trending topic dalam tweeter. Gangguan sinaran laser ini juga terdapat semasa perlawanan pertama separuh akhir antara Malaysia dan Vietnam, juga di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Apakah penyeludupan masuk alat pancaran laser ini akan menjadi satu trend sukan?
Screen capture ini diambil dari sini
Lihat juga bagaimana pemalsuan dilakukan dan tweeter aswin_ant telah membuat pendedahan penipuan tersebut.
http://www.tweetwawa.com/
Atas: Gambar yang didakwa menggunakan pancaran laser sementara gambar bawah ialah gambar asalnya
The malaysian

Sila baca juga DI SINI

Walau bagaimanapun, memang terbukti Malaysia menang kerana penggunaan laser. Lihat gambar ini.
#
#
#
#
#
#

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger