Pada masa menulis entry ini sedang berlangsung Kejohanan Malaysia Open 2011 dalam WBF Superseries di Stadium Putra, Bukit Jalil. Saya tidak akan menulis tentang perlawanan badminton itu tetapi tentang sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri penonton dan juga pihak yang mengurus parking.
Sebuah bas yang membawa pemain keluar dari Stadium Putra telah tersangkut di laluan keluar bersebelahan Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana sikap tidak bertanggungjawab penonton yang meletakkan kenderaan sepanjang kiri dan kanan jalan tersebut sedangkan kawasaan letak kereta yang sepatutnya masih banyak yang kosong.
Para penumpang bas tersebut terpaksa turun dan menolak kenderaan yang menghalang laluan itu dan ini tentu akan memberikan gambaran yang negatif terhadap penganjuran Malaysian Open ini.
Pihak yang memungut parking pula hanya pandai memungut RM2.00 dari setiap kenderaan tetapi melepaskan tangan apabila tanggungjawab mengurus perletakan kenderaan diabaikan. Ianya bukan berlaku kali ini sahaja tetapi setiap kali ada acara-acara khususnya di Stadium Putra dan Stadium Nasional. Para pemandu meletakkan kereta sehingga menutup laluan keluar masuk dan tidak ada pihak, sama ada pengutip parking, penganjur mahupun polis yang mengawal suasana tidak terusus itu. Pemandu membayar duit parking untuk mendapatkan perkhidmatan tetapi pihak yang memungut wang parking hanya memungut wang untuk kayakan poket sendiri sahaja.
No comments:
Post a Comment