Kesan dari kemalangan itu kita patut bersimpati pada Azizul dengan tidak terkejar-kejar untuk meletakkannya semula ke dalam perlumbaan sehingga dia benar-benar sembuh dan tahap kecergasannya kembali ke tahap sebelum dia cedera. Azizul masih ada masa yang panjang untuk membukitkan kejaguhannya di peringkat antarabangsa. Jangan hanya kerana mengejar pingat, kita korbankan seorang jaguh.
Biarlah pihak ISN sahkan Azizul benar-benar bersedia untuk berlumba semula sebelum dia dibenarkan melakukannya. Kita harus sedar bahawa Azizul adalah seorang manusia dan bukan mesin.
Published with Blogger-droid v1.6.7
No comments:
Post a Comment