Pada bulan november 2011 nanti akan berlangsung satu lagi temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara iaitu Sukan SEA Edisi ke 26 di Palembang. Sememangnya bagi majoriti rakyat Malaysia ingin atlet negra membawa balik pingat yang banyak dari sukan tersebut kerana ia adalah kayu ukur pencapaian terhadap program latihan sukan negara yang menggunakan wang rakyat. Namun bagi pengiat sukan, mereka mempunyai sasaran lain kerana Sukan SEA bukan lagi boleh dijadikan sebagai sasaran memandangkan trend masa kini kepada negara yang menjadi hos lebih mementingkan kemenangan daripada menjadikannya medan untuk atlet Asia Tenggara menguji pencapaian sebelum melangkah ke sukan yang lebih besar seperti Sukan Asia dan Sukan Olimpik.
Atas sasaraqn itu maka Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBhg. Dato Zolkples Embong meluahkan, "LUPAKAN saja misi Sukan SEA! " yang menegaskan betapa temasya dari 11 sehingga 22 November ini di Palembang dan Jakarta bukan lagi satu keutamaan. Beliau seterusnya menyatakan, “Kita tidak kisah berapa jumlah pingat emas yang akan dimenangi kontinjen negara pada temasya itu kerana ia bukan lagi keutamaan. Lagipun, banyak acara baru dipertandingkan, manakala acara Sukan Olimpik dan Sukan Asia digugurkan".
Negara sedang membuat persiapan untuk menjadikan Sukan Olimpik London 2012 sebagai lokasi untuk memungut pingat emas pertama negara di Olimpik. Sememangnya tepatlah jika Majlis Sukan Negara memberikan tumpuan terhadap persiapan sukan tersebut. Datuk Zolkples disebut sebagai berkata, " Jadi, lebih baik kita memberi tumpuan kepada sasaran memastikan lebih ramai atlit elit layak beraksi di Sukan Olimpik London 2012. Itu yang lebih penting dan menjadi keutamaan.”
Majlis Sukan Negara bercadang menghantar atlet Pelapis dan Pembangunan untuk menggalas tugas mengibarkan Jalur Gemilang pada temasya itu bagi tujuan pendedahan serta menimba pengalaman. Sememangnya ia satu keputusan bijka kerana saya masih ingat lagi semasa masih berkhidmat dengan Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad yang menjadi Ketua Pengarah ketika itu sudah meletakkan visi bahawa Sukan SEA bukan lagi tumpuan utama kita. Beliau berkata demikian dalam satu majlis perhimpunan bulanan MSN selepas negara buat pertama kali muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA yang dianjurkan di Kuala Lumpur pada tahun 2001.
Peminat sukan di Malaysia seharusnya lebih membuka mata dan janganlah terus terkongkong untuk menang dalam setiap penyertaan kerana Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia dan Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan mempunyai perancangan dan memandang jauh dalam mencapai misi dan sasaran masing-masing.
No comments:
Post a Comment