Begitulah tajuk dalam ruangan sukan Harian Metro.
Tanggungjawab siapa mencari dana?
Seperti yang dilaporkan, kerajaan (dalam hal ini Majlis Sukan Negara) dipersalahkan apabila atlet tidak dapat bertanding dalam kejohanan-kejohanan di luar negara akibat kekurangan bajet.
Bagi saya kerajaan tidak sepatutnya dipersalahkan dalam hal peruntukan kepada persatuan sukan kerana tugas sebenar untuk mendapatkan dana adalah terletak di bahu persatuan sukan berkenaan. Selama ini persatuan sukan terlalu manja dengan Majlis Sukan Negara kerana ada peruntukan kewangan. Jadi mereka kurang berusaha untuk mencari dana sendiri. Sampai bilakah persatuan sukan hendak mengharapkan peruntukan kewangan daripada kerajaan?
Sudah sampai masa persatuan sukan patut berdiri atas kaki sendiri dan tidak bergantung harap kepada kerajaan untuk pembangunan mereka. Apa yang mereka perolehi dari MSN selama ini sepatutnya disyukuri oleh persatuan sukan kerana walaupun kerajaan tidak boleh melibatkan diri secara langsung dengan persatuan, mereka masih lagi bermurah hati untuk menyediakan peruntukan untuk tujuan pembangunan.
4 comments:
Setuju..tapi ini bermakna MSN tidak perlu ada bangunan sendiri hanya pejabat di KBS kerana fungsinya membantu sukan dari segi administrasi malah ISN perlu mengambil alih infrastruktur MSn untuk memnambahkan ilmu dalam sains sukan membantu persatuaan memlatih atlit the peringkat dunai!!!
Siti,
Peranan MSN adalah lebih besar daripada hanya sebagai paymaster. Tanggungjawab mereka ialah menyediakan dan membangunkan atlet. Oleh itu mereka tidak boleh duduk sebumbung dengan KBS kerana peranan mereka berbeza. KBS membangunkan Sukan Untuk Semua sementara MSN sukan prestasi tinggi.
MSN ditubuhkan sebagai badan berkanun untuk membolehkan wang kerajaan dibelanjakan dengan lebih mudah tanpa memohon kelulusan AG seperti organisasi kerajaan biasa. Namun demikian bukan tanggungjawab sepenuhnya untuk mereka menyediakan segala keperluan kewangan persatuan kerana persatuan sebagai NGO bertangggungjawab sepenuhnya mencari dana sendiri untuk semua aktiviti. Apa yang diberikan hanyalah ehsan kerajaan untuk membantu persatuan. Jikapun kerajaan tidak mahu membantu, persatuan tidak boleh mendesak.
Terima Kasih tuan telah memberi penjelasan lebih atas tugas MSN. Jadi terbukti MSN hanya membantu Pesatuan Sukan dan tidak bolah di paksa untuk memberi dana kepasa ppembangunan sukan dan tidak boleh memerintah pembangunan sukan. Jadi isu yang saya bangkitkan adalah valid dari segi MSN tidak memerlukan lebih pegawai dari atlit di Jalil.Potongan bajet oleh KBS adalah valid juga kena skop tugasaan MSN hanya membantu adakah MSN juga NGO?
Saya sedih kerana pegawai MSN berlagak seperti raja dan mencaci can herdik ahli sukan dan jurulatih seperti pengemis maaf saya katakan bahawa MSN tidak ikhlas dalam membantu penbangunan sukan dan lebih fokus kepada pembangunan STAFF MSN sahaja.
Yang paling memalukan maklumat peribadi atlit boleh di lihat oleh sesiapa sahaja termasuk ahli sokongan yang bukan kerani atau pembantu pegawai untuk digunakan sebagai gossip. Wajarkah tindakan undang-undang di ambil kepada MSN?
Post a Comment