Sunday, May 08, 2011

Sukan Karate Lebih Mahal?

Ni, nak cerita pasal kos penglibatan anak aku dengan sukan Karate. Memanglah aku galakkan anak aku untuk bersukan dan sukan Karate ini adalah pilihannya. Sejak awal lagi aku cuba pengaruhi dia untuk masuk sukan Tae Kwondo dan setelah dia masuk sukan Karate di sekolahnya aku mula rasa menyesal kerana kos yang tinggi. 

Minggu lepas bawa anak menghadiri satu pertandingan Karate antara murid-murid sekolah rendah sekitar kawasan Petaling bertempat di Kompleks Rakan Muda di Puchong. Memang mendapat sambutan sebab, maklumlah murid-murid sekolah rendah yang pastinya mengesa ibu bapa menghantar. Aku pun melihat pada yuran yang dikenakan rasa agak berat untuk turut serta. Memang bagus pun menyertai pertandingan seperti itu kerana dapat menguji pelajaran yang dipelajari setiap minggu di gelanggang sebenar. Mana tahu ada antara kanak-kanak itu akan besar sebagai juara Karate beberapa tahun lagi dan dapat mewakili negara dalam kejohanan-kejohanan di peringkat antarabangsa.

Seperti yang aku duga, anak ku memang sukar untuk berjaya memandangkan sifatnya yang tidak agresif yang merupakan antara ciri-ciri yang diperlukan dalam sukan-sukan kombat. Dia hanya bertanding sekali sahaja dan tewas dalam perlawanan pertama yang mengambil masa 3 minit.

Ini bermakna aku terpaksa mengorbankan RM70 untuk penyertaan anak aku dan hasilnya mendapat sehelai baju T, sijil penyertaan dan medal sebagai cenderahati. Maka aku tertanya-tanya berbaloikan yuran penyertaan itu dengan cenderahati yang disertakan. Semua barangan yang diberikan itu sememangnya diwajibkan ke atas setiap peserta yang mengambil bahagian. Katakan baju T itu berharga RM 15.00, Medal yang disadur warna emas RM5.00 dan sijil RM2.00. Jumlahnya mungkin RM 22.00. Ini bermakna Persatuan membuat keuntungan RM48.00 ke atas setiap peserta.Inilah membuatkan aku terfikir, berbaloikah wang yang dibayar dengan pengalaman yang ditimba iaitu hanya 3 minit berada di gelanggang pertandingan.

Keempat-empat anakku sebelum ini menyertai sukan Tae Kwon Do dan adalah jauh lebih murah (jika dikumpul perbelanjaan keempat-empat mereka) berbanding dengan Karate yang disertai oleh anakku sekarang.

Ini tidak termasuk lagi upgrading. Beberapa mingu lalu diadakan upgrading dari tali pinggang putih kepada hijau dan yuran upgrading ialah RM 115.00 dan ahli juga mendapat baju T dan siji selain tali pinggang. Sijil dan Tali pinggang, kira Oklah sebab itu pun tujuan upgrading pun. Tapi baju T bukan keperluan tetapi terpaksa dibayar kerana lump sum.

Sememangnya dari awal dahulu aku tidak mengalakkan anakku untuk ikut kelas Karate tetapi Tae Kwon Do kerana lebih jimat sebab semua tali pinggang dan pakaian abang serta kakanya sudah ada dan tidak perlu membazir membelikan yang baru. Lagi pun tali pinggang boleh dibalut dengan warna berkenaan jika ingin berjimat. Ahli juga tidak ada pilihan untuk membeli peralatan dan keperluan sukan ini tetapi terpaksa membeli dari jurulatih, yang mewakili persatuan dengan apa sahaja harga yang diletak.

Kelas mingguan pula kadang-kadang dibatalkan dan ianya tidak pernah berganti.

Tidak lama lagi akan diadakan pula upgrading dan kali ini kosnya lebih tinggi sebab akan naik dari hijau ke warna yang lebih tinggi. Bagi aku, akan rasa lebih gembira sekiranya anakku ingin berhenti dari Karate dan masuk Tae Kwondo kerana lebih murah.     

1 comment:

Anonymous said...

karategus lg bgus daripada taek woendo

AFFILIATE

Powered By Blogger