Saturday, July 16, 2011

Asian Tour 2011–Liverpool vs Malaysia

Pasukan kedua dari Liga Inggeris yang dalam lawatan ke Kuala Lumpur selepas Arsenal ialah Liverpool.

Berikut gambar-gambar yang sempat diambil di luar perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum perlawanan yang berakhir dengan Liverpool mengalahkan Malaysia 6-3.

Berada di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil tidak nampak macam nak tengok perlawanan pasukan Malaysia di Kuala Lumpur. Jelas jersi Malaysia tenggelam dalam kebanjiran peminat yang memakai jersi Liverpool.

IMG_8942IMG_8957 

IMG_8968

IMG_8951

IMG_8956

Astro ada menyediakan satu sudut di tempat letak kereta sebagai Stadium Astro yang dinamakan 9 at Night. Boleh duduk berehat di sini sambil menikmati Teh Tarik dengan Roti Canai atau Nasi Lemak secara percuma. Terdapat skrin besar untuk menonton beramai-ramai tetapi malangnya agak kelabu di waktu siang.

IMG_8979

IMG_8980

IMG_8989

Harap semasa Chelsea melawan Malaysia nanti, Stadium Astro ni ada tempat kosong. Disamping dewan untuk menonton perlawanan di skrin gergasi terdapat juga permainan fussbol dan permainan mencuba kemahiran dengan bola. IMG_8988

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger