Mendahului dengan jaringan 4-1 adalah sesuatu yang menakjubkan bagi sebuah pasukan yang lebih kurang sama tahap kemahiran dan permainan antara Singapura dan Malaysia itu. Pada asasnya tidak sepatutnya pasukan Malaysia membiarkan lawan mendahului dengan jaringan yang begitu banyak dalam masa hanya 45 minit. Jurang jaringan yang agak lebar itu boleh dianggap sukar tetapi dapat dirapatkan oleh pemain Malaysia tetapi dalam separuh masa kedua, semangat juang yang ditunjukkan berjaya merapatkan jurang kepada hanya perbezaan 1 gol wajar mendapat pujian. Sekurang-kurangnya dapat melegakan hati peminat dan penyokong pasukan bolasepak Malaysia sebelum ditambah satu lagi oleh Singapura menjadikan keputusan shingga ke akhir perlawanan 5-3.
Masih ada 90 minit lagi untuk pasukan Malaysia terus merapatkan jurang itu dengan sekurang-kurangnya seri, dan kali ini di gelanggang sendiri, di hadapan penyokong sendiri dan dengan berbekalkan 3 jaringan di tempat lawan sebagai penawar sekiranya berlaku seri pada 28 Julai kelak. Adalah diharapkan pemain dapat bangkit semula dan jadikan kekalahan di Stadium Jalan Besar itu sebagai iktibar dan tidak memandang rendah pasukan negara jiran itu.
Semoga pasukan Malaysia dapat melihat di manakah kelemahan yang ada dan jika berjaya mengekang Singapura kelak, cabarannya adalah lebih sukar.
Saya ada membaca komen-komen dalam Facebook yang memberikan alasan padang turf di Stadium Jalan Besar itu, salah satu sebab pemain negara tidak dapat memberikan persembahan yang baik. Sememangnya benar komen itu kerana bermain di atas padang turf dan rumput biasa berbeza kerana bola leret akan menjadi lebih laju disebabkan friction yang kurang dan turf yang kering berbanding rumput yang sedikit lembab.
Di Kuala Lumpur ada sebuah padang sintetik ini di Majlis Sukan Negara dan milik FAM tetapi mengapa Datuk K Rajagopal tidak mengambil kesempatan untuk berlatih di situ bagi tujuan penyesuaian. Saya bukanlah sehebat Datuk K Rajagopal untuk menegurnya tetapi semasa memberikan ceramah dalam Kursus Sains Sukan Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan salah satu aspek yang jurulatih perlu ambil perhatian ialah The Coaching Process.
The Coaching Process ini meliputi Data Collection, Diagnosis, Blueprint, Implementation, Evaluation. Di bawah data collection, jurulatih hendaklah mendapatkan dan mengumpul segala data yang boleh dijadikan ramuan untuk membuat program latihan. Dalam hal ini permukaan gelanggang dan bersekitaran adalah data yang perlu diambil kira oleh jurulatih. Jika Datuk K Rajgopal tahu yang Stadium Jalan Besar itu menggunakan padang turf, mengapa tidak berlatih di padang yang sama di Majlis Sukan Negara Bukit Jalil. Lagi pun latihan pasukan Malaysia bukanlah dirahsiakan dan peminat kena bayar untuk masuk menonton latihan. Sekurang-kurangnya pemain dapat menyesuaikan diri dengan permukaan padang dan kelajuan bola.
No comments:
Post a Comment