Thursday, November 10, 2011

Al Fatihah kepada Allahyarham Harun Osman


Sedang dalam perjalanan balik selepas menghantar anak untuk dinner sekolahnya, mendapat panggilan dari isteriku yang memberitahu bahawa seorang rakan dan bekas jiran meninggal. Di sebelah ialah gambar allahyarham yang aku petik dari laman Facebook Allahyarham yang dijadikan gambar profilnya. 

 Baru sehari sebelum lihat gambar-gambar yang telah dipost dalam Facebook dari Palembang. Di dalam foto itu trrdapat wajah Allahyarhan dan terdetik di dalam hati, bila aku sampai di Palembang nanti, dapatlah berjumpa dengan beliau. Namun Allah ada perancanganNya dan arwah telah dipanggil kembali menghadapNya.


Berikut antara beberapa kenangan Allahyarham yang terakhir semasa sama-sama berkhidmat dengan rakan-rakan dalam kontingen Malaysia ke Sukan SEA ke 26 di Palembang, Indonesia.
Aku mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga roh Allahyarham Harun bin Osman dihimpunkan bersama-sama dengan orang-orang beriman. Allahyarham bukan sekadar jiran di Vista MSN tetapi adalah juga bekas schoolmate dari sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Aku hanya mengetahui Allahyarham adalah dalam satu sekolah melalui laman Facebook. Cuma Allahyarham adalah junior. 

Atas gambar keluarga Allahyarham yang mungkin perjumpaan terakhir dengan mereka yang saya petik dari laman Facebook Allahyarham.

AL FATIHAH KEPADA ALAHYARHAM
Published with Blogger-droid v2.0.1

UPDATE
Update ini adalah berdasarkan posting yang dimuatnaik oleh Miela Ismail  dalam Institut Sukan Negara


PALEMBANG - Seorang pegawai kontinjen negara maut selepas diserang sakit jantung ketika menunggu ketibaan atlet negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang semalam.

Harun Osman yang bertugas sebagai pembantu kepada ketua kontinjen negara, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali tiba-tiba rebah sewaktu menguruskan kemasukan atlet pada pukul 5 petang waktu Palembang (6 petang waktu Malaysia).

Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).
Insiden itu mengejutkan seluruh kontinjen negara terutama skuad menembak dan sepak takraw negara yang baru tiba beberapa jam sebelum itu.

Syed Mustaffa ketika dihubungi melahirkan rasa sedih dengan kejadian yang tidak dijangka itu kerana Harun kelihatan sihat dan ceria sepanjang berada di Palembang ini.

"Dia seorang yang komited dalam menguruskan ketibaan atlet kita ke Palembang dan kematiannya merupakan satu kehilangan buat kontinjen negara yang sedang sibuk melakukan persiapan terakhir di sini," katanya.

Sehingga ini, katanya, jenazah Harun telah ditempatkan di hospital berkenaan selepas doktor menjalankan bedah siasat ke atas mayatnya.

"Kita menjangkakan jenazah beliau dapat dibawa pulang ke Malaysia esok (hari ini) dengan segala usaha sedang dilakukan untuk melancarkan urusan tersebut," tambah Syed Mustaffa.

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger