Thursday, November 17, 2011

CATATAN DARI SEA GAMES 2011


Hanya hari ini berkesempatan untuk menghantar posting dari Jakabaring, Palembang. Walaupun Sukan SEA berjalan dengan baik, tetapi rata-rata nampak fasilitinya tidak siap sepenuhnya. Kecuali gelanggang-gelangang pertandingan, kawasan sekitarnya kelihatan jauh dari cukup bersedia. Walau apa pun pihak tuan rumah telah bersungguh untuk membuatkan kehadiran tetamu warga sukan rasa selesa. Ini pada pandangan saya.

Saya tidak dapat melawat semua venue memandangkan tugas di lapangan besbol dan sofbol, tetapi secsra rambang semasa menaiki shuttle mengelilingi kawasan Gelora Sriwijaya, fasilitinya sungguh hebat. Itu pandangan luaran sahaja. Saya cuba masuk ke dalam Pusat Akuatik pada masa pertandingan tetapi malangnya, penonton telah membanjiri keseluruhan kawasan hingga terpaksa berdiri di ruang laluan masuk.

Kompleks ini boleh dikatakan serba lengkap dengan kemudahan stadium utama, stadium untuk acara olahraga termasuk trek latihannya. Di dalamnya juga terdapat lapang sasar menembak, pusat sukan air, sports climbing, gelanggang bola tampar pantai, gelanggang petanque. Disamping itu, sebuah perkampungan atlet disediakan di dalam kawasan Jakabaring Sports City ini.

Kawasannya memang luas dan jika hendak dibandingkan dengan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, sememangnya bukan tandingan. Pastinya untuk bergerak dari pintu masuk utama, ke kawasan tumpuan fasiliti sukan, perlu menggunakan kenderaan.

Kawalan keselamatan sememangnya nampak ketat di mana semua orang yang masuk diwajibkan melalui mesin pengimbas yang dikawal oleh Polis dan satu perkara yang dilihatvialah rokok tidak boleh dibawa masuk. Memang agak pelik juga peraturan ini. Walaupun rokok tidak dibenarkan bawa masuk, di merata-rata kawasan dalam kompleks ini, ada sahaja mereka yang merokok, tidsk ketinggalan pihak polis dan tentera sendiri yang bertugas di dalam. Satu lagi perkara ialah notis larangan merokok di tampal merata-rata tetapi rokok dijual di dalam kawasan kompleks. Jadi sejauh manakah penguatkuasaan larangan merokok dikuatkuasakan di dalam kawasan ini. 

Kepada souvenir hunter pula saya tidsk nampak banyak souvenir dijual kecuali baju T yang bermacam-macam design. Saya pun tidsk pasti mana satukan souvenir yang original. Baju T di jual di beberapa lokasi di sekitar kompleks Jakabaring Sports City dan disediakan juga sebuah Food Court and Souvenir Centre berhampiran pintu masuk utama. Di luar kawasan kompleks juga terdapat peniags kecil menjual baju T dan kehadiran mereka juga menimbulkan suasana kemeriahan Sukan Dwi tahunan ini. 

Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger