Thursday, February 02, 2012

PERANAN PENYOKONG

Satu-satunya pasukan boleaspek yang saya sokong ialah Sang Kenari, Kedah Daul Aman. Kalah atau menang sokongan saya tetap pada pasukan negeri tempat lahir saya. Ramai yang menyokong pasukan-pasukan dari Liga Inggeris, Liga Perancis atau mana-mana liga di Eropah, tetapi bagi aku tidak ada satu pun pasukan dari luar negara yang aku minati. Mungkin kerana falsafah hidupku yang selalu aku hebahkan semasa memberi ceramah dalam Kursus Sains Sukan di mana sahaja dianjurkan. Walau di mana bumi di pijak, negeri sendiri tetap menjadi sanjungan. Atas faslafah itulah aku tetap bersama dengan Sang Kenari. 

Gambar hiasan diambil dari laman Facebook 

Terbaca dalam Facebook yang dipost oleh  Oun AzrĂșlPENYOKONG SETIA HIJAU KUNING pada 2 Februari maklumat di bawah;


ULTRAS BOIKOT DARUL AMAN

Prestasi skuad Kenari yang mengecewakan sejak sepak mula Liga Super 2012 mengakibatkan penyokong Ultras Kedah mengambil keputusan drastik dengan memboikot semua perlawanan membabitkan pasukan Hijau Kuning yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Jurucakap Ultras Kedah berkata, keputusan memboikot semua perlawanan yang diadakan di negeri itu selepas kecewa dengan kelemahan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk membentuk pasukan mantap bagi saingan Liga Super 2012.

"Kami bukan memberi tekanan kepada pemain kerana kami terus komited memberi sokongan kepada mereka sebaliknya usaha boikot ini ditujukan kepada pengurusan bola sepak negeri.

"Namun, kami akan berkunjung ke stadium lain membabitkan perlawanan skuad Kenari dan langkah ini sebagai tanda kami memprotes tindakan acuh tidak acuh pengurusan dalam menyediakan pasukan bola sepak yang mantap," katanya dalam kenyataan akhbar di Alor Setar, Kedah, semalam.

Beliau berkata, tindakan itu bermula pada perlawanan Kedah menentang Sabah pada 11 Februari ini di Alor Setar.

Menurutnya lagi, pada saingan Piala Malaysia yang lalu, mereka masih gagal membentuk sebuah pasukan yang mampu memberi saingan terhadap pasukan lain dan hebahan berhubung tindakan memboikot itu juga sudah dilakukan di laman rasmi Ultras Kedah 2009.

"Berdasarkan hebahan itu , seramai 1,555 orang ahli sebulat suara setuju dengan tindakan memboikot perlawanan yang diadakan di negeri ini.

"Kami tidak akan meninggalkan terus pasukan ini tetapi hanya menunggu di luar stadium selama 90 minit dan akan hadir memberi kata-kata semangat ketika sesi latihan," katanya

Pada masa sama, Ultras Kedah menggesa keseluruhan berisan kepimpinan KFA termasuk presiden mengambil serius berhubung perjalanan pasukan bola sepak negeri ini.

Katanya, tindakan itu tidak akan menghalang orang ramai yang akan berkunjung ke stadium memberi sokongan sebaliknya Ultras Kedah hanya akan menarik balik keputusan Boikot itu selepas majoriti puas hati terhadap pengurusan termasuk menuntut astu tindakan proaktif diambil bagi mengembalikan kegemilangan pasukan.

Tindakan seperti di atas adalah kerana penyokong Hijau Kuning sayangkan pasukan dan seharusnya dapat membuka mata semua pihak yang terlibat. Semoga mesej mereka ini dapat difahami oleh pihak yang berkenaan. Jangan ada yang mengata bahawa dia bacul jika meninggalkan "tentera" yang sedang kalah dalam peperangan. Sebenarnya adalah lebih terhormat untuk tinggalkan tenteranya supaya dapat dipimpin oleh orang lain yang lebih berwibawa dan dapat menyelamatkan maruah "tentera-tenteranya" dari terus dicemuh. Tindakan Mohd Nizam Adha meletakkan jawatan sebagai "Pemangku Jurulatih" adalah satu sifat terpuji, kerana bijak mengambil keputusan sebelum dia dikutuk peminat.  Bagi saya, Nidzam janganlah berputus asa dengan kegagalannya dalam memimpin pasukan Kedah itu, tetapi anggaplah ia satu cabaran untuk terus meningkatkan diri dengan ilmu kejurulatihan. Mungkin Mohd Nizam Adha masih belum bersedia untuk menanggung beban dan cabaran yang diberikan kepadanya. 

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger