Tuesday, March 13, 2012

Datuk LCW Tidak Tewas Di All England

Datuk Lee Chong Wei tidak dapat mencapai matlamatnya untuk menjuarai All England untuk kali ketiga berturut-turut setelah terpaksa menarik diri dalam set kedua sewaktu perlawanan Akhir dengan Lin Dan. Beliau terpaksa mengambil tindakan itu disebabkan kecederaan bahu kanannya yang kelihatan bertampal dengan plaster penyokong. 

Saya mendapat tahu melalui tweeter bahawa Datuk Lee mengalami kecederaan dan fisio menasihatkan beliau untuk menarik diri tetapi semangat juangnya menyebabkan dia mengambil tindaan sebaliknya. 

Starpic
Walau pun Datuk LCW tewas saya saya para peminat dan penyokong beliau di negara ini tidak merungut marah kerana jika kita menonton siaran langsung jelas menunjukkan beliau berada dalam kesakitan dan terpaksa mendapatkan khidmat doktor kejohanan untuk memberi rawatan kepada bahunya.

Pada hemat saya keputusan Datuk LCW untuk bermain menentang Lin Dan menunjukkan sikap profesionalnya. Saya tidak pasti, tetapi mungkin beliau ingin terus bermain kerana hendak memenuhi tujuan para penyokong yang hadir di National Indoor Arena, Wembly untuk menyaksikan perlawanan kemuncak itu dari dua orang pemain badminton terhebat dunia pada masa kini. Sekiranya dari awal lagi beliau menarik diri, sudah pasti sebahagian besar penonton akan kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan hebat itu. Sikapnya untuk muncul bermain dalam keadaan mengalami kecederaan wajar dipuji  walaupun tindakan itu ada kemungkinan boleh menjejaskan peluang negara mengapai pingat emas pertama di Olimpik di bumi yang sama pada tahun ini. 

Keputusannya untuk menghentikan perlawanan di set kedua apabila ketinggalan 6-2 adalah langkah bijak. Kita dapat melihat permainannya tidak dapat dikawal seperti biasa dan jika beliau meneruskan, kemungkinan besar ialah tidak dapat menewaskan Lin Dan malah lebih teruk lagi meningkatkan lagi kecederaan pada bahunya dan lebih malang jika tidak dapat sembuh sepenuhnya sebelum tibanya cabaran Olimpik. 

Mungkin Datuk LCW harus berehat untuk memulihkan kecederaan pada bahu nya dan jika mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan sebelum Olimpik hanya sekadar untuk mengekalkan kemahiran dan tahap kecergasan. Seorang juara tidak perlu menang dalam semua perlawanan tetapi memilih perlawanan mana dia hendak menang. Lin dan dan taufik Hidayat adalah contoh terbaik. 
UPDATE
KECEDERAAN yang dialami pemain badminton nombor satu dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berada pada tahap membimbangkan sehingga mampu menjejaskan persiapannya ke Sukan Olimpik London biarpun terpaksa menarik diri daripada meneruskan perlawanan akhir di Seluruh England, awal pagi semalam. Laporan ini dipetik dari SINI

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger