Saturday, December 29, 2012

Bombshell Dropped On FAM

pix_gal0
Whether its the right move or not, something had to be done. Maybe it is a housekeeping  warning from the ultras after Malaysian football fans had been served with very little victory at International level. In FIFA/Coca Cola ranking Malaysia is at 158, 26th among Asian nations and 6th among South East Asian countries. 

Being fed up of Malaysia's football governing body might lead them to write out FIVE ultimatum to the Federation. 

Copied below is what was published on Berita Harian Online website

Penyokong tegar beri 5 sebab kenapa Sultan Ahmad Shah perlu letak jawatan

Kuala Lumpur: Tanpa berniat memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti individu tertentu apa lagi menderhaka, sekumpulan penyokong tegar bola sepak negara menggesa pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dirombak. 
Mereka turut meminta Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baru yang mempunyai banyak visi dan idea segar dalam memartabatkan kembali kegemilangan bola sepak negara. 

Apa FAM buat sejak liga kita mencapai status profesional pada 1993? FAM sebenarnya gagal kerana pasukan negeri atau kelab kita hanya layak beraksi di Piala AFC, bukan Liga Juara-Juara Asia,: Norazwan Mohamad, Wakil Ultras Malaya

Jurucakapnya, Al Fadli Awaludin, berkata pengurusan tertinggi FAM yang tidak pernah bertukar sejak 28 tahun lalu lalu, perlu diberi nafas baru bagi meletakkan semula Malaysia dalam peta bola sepak dunia.

“Ada lima sebab kenapa rombakan itu perlu dilakukan,” katanya pada sidang media di Medan Selera Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini, pagi semalam.


Turut hadir pada sidang media itu ialah wakil daripada penyokong skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya, Norazwan Mohamad.

Pertama, katanya liga profesional domestik negara masih tidak berubah dan kini berada pada kategori gred D, selain tidak berdaya saing.


“Apa FAM buat sejak liga kita mencapai status profesional pada 1993? FAM sebenarnya gagal kerana pasukan negeri atau kelab kita hanya layak beraksi di Piala AFC, bukan Liga Juara-Juara Asia,” katanya.

Beliau berkata, kedua, pasukan kebangsaan tiada hala tuju kerana FAM tidak mementingkan ranking. 

“Setiausaha Agung FAM sendiri kata ranking tak penting. Rasanya tak pernah pegawai negara lain kata begitu. 

“Alasan susah nak dapat aksi persahabatan juga sekadar alasan kerana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) keluarkan tarikhnya empat tahun lebih awal,” katanya.

Ketiga, sistem bola sepak negara tiada visi dan misi yang jelas. 

“Ia boleh dilihat menerusi sistem dan struktur akar umbi bola sepak negara masih tidak betul,” katanya. 

Keempat, pengurusan tidak efisien dan tiada akauntabiliti. 

Mengikut laman web rasmi FIFA, katanya hanya Malaysia negara yang lebih ramai pegawai daripada pemain berdaftar iaitu 11,810 pegawai dan 9,930 pemain.

Kelima, budaya tidak sihat wujud kerana status Presiden FAM. Kita tak boleh bercakap, suara kita terhad dan ia menyebabkan susah nak menjana bola sepak negara. 

“Tidak seperti sukan lain yang bebas untuk bersuara,” katanya.

Justeru, Alfadli menggesa penyokong bola sepak negara sama-sama menghantar petisyen yang boleh dimuat turun di laman Facebook bertajuk 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' (PFSLJ).

2 comments:

HARIMAU MALAYA said...

Sama-sama menuju negara maju, so pemikiran petisyen ini patut diambil kira, apa2 jua keputusan, semuanya mesti dipertimbangkan demi menaikkan martabat bola sepak Malaysia di mata dunia.

Harimau Borneo said...

Struktur Liga perlu dikaji smula...dan Biarlah ada ketetapan.yakni contohi liga2 antarabangsa, liga mereka tak pernah bertukar bilangan pasukan yang bertanding...tapi di malaysia, sudah acap kali bertukar..Pasal kepayahan mendapatkan perlawanan persahabatan berkelas tinggi..Bak kata setiausaha Fam ranking tak penting...Kalau tak penting rasanya pasukan Arab tak tolak perlawanan persahabatan menentang harimau malaya...Buat Datuk K.Rajagopal pula..Kelompok pemain malaysia hanya tertumpu kepada Liga M....Jadi secara dasarnya pemain yang prestasi tinggi di liga patut diberi peluang, tengok Fabio Capelo..dia berani ketepikan pemain emas rusia iaitu Ashvin disebabkn penurunan prestasi....Smoga ada perubahan dilakukan dmi mertabat bola sepak negara....

AFFILIATE