After Glasgow 2014 when the Malaysian contingent came back with 1 Gold lesser than the target, many had been pointing fingers and comments some positive many negatively. Sports is about winning and losing, Nobody wins all the time and nobody loose all the time.
Being an ex employer of National Sports Council, I know how hard and dedicated they put their effort to collectively to present the winning medals to the rakyat. Many athletes won but many lost not because of poor preparation but other athlete performs better during the competition.
It is also interesting to read what Malaysia Sports Loose Cannon said on his blog about Mazlan vs Zol Episod 1 relating to the outcome of Glasgow 2014 and also what the Sports Minister posted on his Facebook page.
I copy and post it here for future reference:
Saya telah mengambil sedikit masa untuk mengkaji keputusan keseluruhan Sukan Komanwel 2014 sebelum memberi apa-apa reaksi. Sejak sehari dua ini memang banyak komen diberi oleh peminat-peminat sukan tanahair. Semua komen tersebut saya terima dengan baik.
Pertama sekali saya mengakui kita telah gagal. Tidak perlu saya bagi komen atau alasan yang lain. Bila Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkansasaran 7 pingat emas dan apa yang dicapai hanya 6, itu adalah kegagalan. Tidak perlu saya kata "sasaran hampir tercapai" atau "sebenarnya prestasi atlet kita baik, cuma tak menang". A failure is a failure, full stop.
Kedua, tidak perlu juga saya menuding jari merata tempat. Saya menteri dan walaupun saya tidak berada di atas padang perlawanan sendiri, saya mesti bertanggungjawab. Yang lain - samada para atlet sendiri, jurulatih, pegawai, Majlis Olimpik, Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), persatuan-persatuan sukan - semua dibawah naungan saya. Saya bukan jenis orang yang nak memindahkan tanggungjawab dan akauntabiliti kepada orang lain. Jadi saya mohon maaf kepada rakyat sebab kita gagal di Glasgow.
Ketiga, satu kajian post-mortem menyeluruh perlu dibuat secepat mungkin. Kajian ini tidak boleh hanya terhad kepada prestasi di Glasgow sahaja tetapi kena mengambil kira tempoh hampir empat tahun kebelakangan ini. Program Latihan Atlet Elit untuk menyediakan para atlet kebangsaan untuk bertanding di Sukan Komanwel bermula pada tahun 2011 dan telah menelan perbelanjaan jutaan Ringgit wang rakyat. Program ini dikendalikan oleh MSN, ISN dengan kerjasama MOM bersama dengan persatuan-persatuan sukan. Adakah pulangan dari program ini setimpal dengan perbelanjaannya? Adakah program ini berkesan? Adakah pengurusan program ini baik? Adakah kita dapat prestasi yang terbaik dari atlet kita melalui program ini? Soalan-soalan ini (dan banyak lagi) perlu dijawab sebelum kita mulakan program baru untuk empat tahun akan datang.
Keempat, keputusan-keputusan yang sukar mesti dibuat. Tough decisions must be made. Kalau ada persatuan, pegawai, jurulatih atau atlet yang underperforming mereka mesti memberi ruang kepada yang lain. Kalau berkali-kali tidak menepati KPI, mereka mesti berundur atau diganti. Perkara ini mesti dipraktikkan dari atas (saya) sampai ke bawah.
Empat perkara ini adalah perkara asas yang mesti dipegang sebelum kita melihat jauh kehadapan untuk mencetuskan kebangkitan sukan negara.
Tentang prestasi di Glasgow, secara rumusan:
- Trek basikal, menembak, gimrama dan boling padang gagal memberi pingat yang disasarkan. Perlu ada kajian mendalam kepada program-program dibawah sukan tersebut
- Badminton secara keseluruhan OK sahaja. Nasib baik menang kedua-dua doubles pada hari terakhir. Tapi inilah senario badminton tanahair tanpa Lee Chong Wei. We have no one else. Singles lelaki mesti ada rombakan segera
- Angkat berat ada potensi. Bangunkan bakat seperti Hafifi Mansor dan Zulhelmi Pisol supaya terus cemerlang pada Sukan Komanwel 2018
- Akuatik terjun kena kekalkan prestasi cemerlang. Terlepas satu emas sebab kecederaan pada Pandalela. Prestasi yang baik dari Ooi Tze Liang yang boleh kita develop lagi. Penerjun pelapis pun menunjukkan prestasi yang baik
- Skuasy overall OK. Masih bergantung kepada Nicol. Kena develop lagi barisan kedua. Lebih banyak pendedahan perlu diberi kepada pemain muda seperti Valentino, Ivan, Vanessa dan Rachel
- Hoki, memang mengecewakan. Kita diberi tahu pasukan ini pasukan campuran yang memberi pendedahan kepada pemain-pemain junior kerana para pemain senior direhatkan untuk Sukan Asia. Kalau begitu kita tengok keputusan Sukan Asia. Kalau hambar, someone must go
Selain daripada kajian post-mortem, perkara yang memerlukan perhatian segera adalah persiapan untuk Sukan Asia yang akan bermula pada bulan September. Selepas apa yang berlaku di Glasgow, pemilihan atlet mesti dibuat dengan teliti. Kita perlu hantar mereka yang betul-betul ada peluang menang atau pelapis yang berpotensi tinggi untuk masa depan. Kalau sekadar dihantar untuk mendapat pendedahan tapi menjadi lauk orang lain, tak payah pergi. Membazir duit sahaja. Saya boleh cari pengalaman pendedahan yang lain untuk mereka, tak perlu sampai ke Sukan Asia.
Akhir kata, semua ini kata-kata sahaja. Bak kata orang muda 'sembang' sahaja. Yang penting adalah action and results. Saya akan berusaha untuk membawa perubahan yang diharapkan para peminat sukan tanahair. Cabaran ini besar sebab masalahnya sudah lama berkudis. Saya rasa ramai yang tahu kelemahan struktural dan kronik yang ada. Tetapi itu semua masalah saya yang perlu diatasi. It will not be easy, but it has to be done.
Majulah sukan untuk negara.
No comments:
Post a Comment