Monday, February 19, 2007

Isu Gender Dalam Sukan

India memperolehi sebanyak 54 pingat dalam Sukan Asia Doha 2006 tetapi telah diarahkan untuk memulangkan sebutir pingat dan menjadikan jumlah pungutan pingat oleh kontinjen India tinggal 53. Ianya berbangkit apabila seorang atlet 800 meternya, S.Santhi telah gagal dalam ujian mengenalpasti gender semasa sukan terbesar di rantau Asia itu.

Selama ini ramai peminat sukan mengetahui tentang ujian dadah dalam sukan tetapi isu S.Shanti ini mungkin memberikan info yang baru bahawa terdpat juga ujian gender. Ujian ini adalah untuk mengesahkan jantina seseorang atlet khususnya atlet wanita yang mungkin seorang transgender. Transgender ialah seseorang yang dilahirkan lelaki tetapi kemudiannya menular jantina untuk hidup sebagai seorang wanita.

S shanti ini bukanya yang pertama khususnya di lapangan sukan India. Seorang jaguh 10,000 wanita India pada tahun 1986-87, Nanda Jadhav telah dipertikai jantinanya tetapi ujian membuktikan dia adalah wanita tulen. Pada tahun 70an seorang lagi atlet jarak sederhana India telah menukar jantinanya dan bertukar daripada Nani Radha kepada N Radhakrishnan.

Pada 18 February 2007, Reuters pula melaporkan dari New York berita tentang Renee Richards, seorang transeksual juga ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Persatuan Tenis Amerika syarikat kerana menghalangnya mengambil bahagian dalam kejohanan tenis Terbuka US kerana dirinya seorang transeksual. Baca juga di sini . Persoalannya adakah isu gender ini akan mula memeriahkan lapangan sukan seperti mana isu dadah dalam sukan.


No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger