Thursday, April 09, 2009

Kelantan Dihukum

Kelantan telah dihukum akibat kejadian rusuhan yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad Ke IV sewaktu perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan. Kelantan bukan sahaja tewas di tangan pasukanpelawat itu tetapi juga kehilangan khidmat penjaga gol berpengalamannya, Halim Napi yang digantung sendiri oleh KAFA kerana tindakannya menyerang pemain Negeri Sembilan Aidil Zafuan. Tindakan Halim ini dikatakan sebagai penyebab tercetusnya insiden yang tidak diingini diKota Bharu itu. 
Lagi gambar DI SINI

Kelantan bukan sekadar kehilangan Halim akibat pergantungan tetapi juga hilang hak untukmenjadi tuan rumah bagi perlawanan-perlawanan seterusnya. Perlawanan antara Kelantan dan Selangor akan diadakan di venue berkecuali iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil. Keputusan itu walaupun sebagai hukuman kepada penyokong pasukan Kijang itu sebenarnya menguntungkan pasukan Selangor. Walaupun dikatakan venue berkecuali tetapi tidak memberikan apa-apa kesan kepada penyokong Selangor dari segi jarak berbanding penyokong Kelantan. Akibat segelintir penyokong yang mengikut emosi pada malam kejadian, keseluruhan penyokong Kelantan turut terhukum. 

Semoga apayang berlaku di Kota Bharu tidak akan terjadi di tempat lain. Sukan adalah sukan dan keganasan bukan sebahagian dari budaya bersukan.  

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger