Wednesday, April 15, 2009

Maka Jurulatih Kebangsaan Pun Dikenalpasti

Sudah dapat diagak bahawa Mohd Azraai Khor, jurulatih yang membawa Kedah mencipta double treble dalam persaingan tertinggi bolasepak Melaysia, menjadi pilihan utama dari senarai jurulatih tempatan, untuk mengemudi pasukan kebangsaan. Mohd Azraai adalah merupakan jurulatih bolasepak yang paling berjaya yang ada di Malaysia pada masa ini. 

Walaupun lantikan Mohd Azraai Khor adalah sebagai khidmat kepada negara tetapi bagi saya ia merupakan permulaan detik kejatuhannya dalam bidang kejurulatihan bolasepak seperti yang dialami oleh beberapa jurulatih kebangsaan lain sebelum ini dan mangsa terakhir ialah B. Sathianathan. Sebagai anak Kedah sememangnya saya rasa bangga kerana anak negeri saya merupakan jurulatih bolasepak terbaik di negara ini tetapi apa yang akan jadi jika pasukan negara tidak mencapai objektif yang disasarkan. 

Nama Luiz Felipe Scolari telah melonjak selepas berjaya   membawa Portugal hingga ke Separuh 
Akhir dalam Piala Dunia 2006 di German dan kemudian membawa Portugal sekali lagi ke peringkat kalah mati selepas menjuarai Kumpulan A dalam Euro 2008. Kejayaan-kejayaan tersebut   telah membawa Scolari untuk melibatkan diri dalam Liga Inggeris dengan membimbing pasukan Chelsea. 

Walau bagaimanapun kariernya dengan Chelsea tidak begitu memberansangkan sehingga menyebabkan beliau dipecat dari pasukan Chelsea. 

Berbalik kepada Azraai saya rasa beliau juga akan menerima basib seperti Scolari. Portugal adalah pasukan yang kerdil sebelum berjaya di bawah pimpinan Scolari. Sama jugalah Kedah walaupun telah meletakkan diri dalam kumpulan elit bolasepak negara tetapi dibarisi oleh pemain-pemain muda dan kurang berpengalaman. Chelsea pula adalah merupakan antara pasukan terbaik dalam Liga Inggeris dengan dibarisi bintang-bintang bolasepak dunia. Begitu juga pasukan kebangsaan negara adalah dibarisi bintang-bintang bolasepak negara. Seperti juga antara Portugal dan Chelsea  perbezaan antara Kedah dan pasukan kebangsaan adalah perbandingan yang sama pada pendapat saya. 

Namun ini hanya pendapat dan pandangan saya. Mungkin Mohd Azraai Khor lebih memahami keadaan semasa dan memadamkan badi bahawa melatih pasukan kebangsaan adalah langkah memusnahkan karier sendiri. 

Gambar diambil dari Wikipedia

2 comments:

referee said...

As long as the Malaysia "Harimau Malaya" team played by the Malaysian, and managed by the Malaysian, to nowhere we`ll be.

Feel free to view and spit out idea and comment at my blog :http://selangorfanatik.com.

Cheers

流浪汉 瑜伽 Yoga Tramp said...

nice blog n thk for sharing

AFFILIATE

Powered By Blogger