Pesta pasti akan dianjurkan dan inilah salah satu sebab mengapa sukan kita kurang berjaya. Kita lebih mengagung-agungkan sukan luar negara.
Semasa memberi ceramah tentang Dasar Sukan Negara kepada jurulatih-jurulatih sukan salah satu aspek perbincangan ialah Objektif Dasar Sukan Negara itu sendiri. Objektif kedua DSN ialah
Membangun dan meningkatkan pembangunan dan amalan sukan bagi kepentingan sosial seseorang individu dan keseronokan orang ramai.
Sewaktu tiba ulasan untuk ogjektif ini saya akan berikan contoh perlawanan bolasepak yang disiarkan di TV pada masa yang sama. Satu saluran TV menyiarkan perlawanan bolasepak Liga Super antara Kedah melawan Selangor misalnya sementara satu saluran lagi Chelsea melawan Arsenal misalnya. Perlawanan mana yang akan menjadi pilihan. Majoriti akan menjawab Chelsea dan Arsenal. Jawapan mereka sudah semestinya kerana memenuhi objektif DSN itu sendiri iaitu keseronokan orang ramai. Pastinya lebih seronok menyaksikan perlawanan antara Chelsea dan Arsenal berbanding Kedah lawan Selangor itu.
Atas dasar itulah jurulatih sukan di negara ini seharusnya melatih atletnya untuk memperolehi kemahiran yang paling tinggi dan dapat memberikan persembahan yang menyeronokkan orang ramai. Baharulah penonton akan kembali ke grandstand dan kehadiran penonton ini memberikan kesan sampingan kepada atlet iaitu motivasi ekstrinsik.
No comments:
Post a Comment