Wednesday, May 27, 2009

MSSM Ke 51 Sudah Berlalu

Tirai Kejohanan Olahraga MSSM sudah pun dilabuhkan dan dengan hari terakhir pada 24hb Mei lalu, dianggap sebagai penutup buku aktiviti sukan prestasi tinggi di peringkat sekolah. Setiap tahun Kejohanan Olahraga MSSM adalah merupakan kejohanan paling berprestij dalam kalendar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. 

Kejohanan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil selama empat hari telah menyaksikan Terengganu muncul sebagai Juara keseluruhan dengan memungut 13 Emas, 6 Perak dan 13 Gangsa. Kelantan di tempat kedua dengan 11 Emas, 7 Perak dan 1 Gangsa. Kedah di tempat ketiga dengan 11 Emas, 5 Perak dan 8 Gangsa. Apa yang agak mengejutkan ialah kegagalan Sarawak untuk menjuarai buat kali ke 8 tahun ini apabila hanya menduduki tempat ke Empat dengan10 Emas, 15 Perak dan 8 Gangsa. 

Kejayaan Terengganu ini adalah paling manis kerana Edisi ke 52 pada tahun hadapan akan berkunjung ke negeri Penyu itu. Ramai menganggap kejayaan Terengganu kali ini adalah kesan limpahan SUKMA yang diadakan di negeri itu tahun lepas. Sudah pasti kejohanan pada tahun hadapan akan dinanti-nantikan oleh penduduk Terengganu kerana dua tahun berturut-turut mengibarkan megah bendera hitam putih di puncak tertinggi sukan negara. Atlet Terengganu juga telah memecahkan dua dari sembilan rekod dalam kejohanan tersebut. Kejayaan Terengganu ini adalah hasil perancangan jangka panjang yang dilaksanakan. 


KEDUDUKAN PUNGUTAN PINGAT 


Terengganu 13 6 13

Kelantan 11 7 1

Kedah 11 5 8

Sarawak 10 15 8

Sabah 9 15 13

Johor 9 9 15

Selangor 7 6 7

Kuala Lumpur 6 9 4

Negeri Sembilan 4 2 3

Pahang 3 5 2

Pulau Pinang 3 1 6

Perak 2 8 8

Melaka 1 1 2

Labuan 1 1 0

Perlis 0 0 1

Putrajaya 0 0 0

Petikan dari BERNAMA.

"Kami berharap kejohanan olahraga seumpama ini akan membantu negara menyediakan barisan atlet pelapis yang ramai dan berkualiti untuk membawa cabaran negara dalam bidang olahraga," kata Ketua Unit MSSM Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah kepada Bernama.

Pada edisi kali ini, seramai 541 atlet lelaki dan 452 atlet perempuan akan mengambil bahagian dalam tiga kategori umur iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

Kejohanan selama lima hari itu turut melibatkan acara trek 100m untuk pelajar sekolah pendidikan khas iaitu pelajar cacat penglihatan dan pendengaran.

Pembukaan rasmi akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Khamis ini.- BERNAMA


1 comment:

Anonymous said...

Hi,

I begin on internet with a directory

AFFILIATE

Powered By Blogger