Wednesday, July 14, 2010

Azrai Khor Meletak Jawatan

Sewaktu menulis draf ini saya baharu sahaja dengar apa yang disebutkan melalui Buletin Utama dan ianya belum di umumkan. 

Saya sudah menulis bahawa mana-mana jurulatih yang berjaya di peringkat negeri dan ditawarkan untuk melatih pasukan kebangsaan adalah merupakan langkah permulaan ke arah kejatuhan kariernya. Ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman jurulatih lepas yang menghadapi nasib yang sama. 

Apakah badinya bagi jurulatih tempatan yang berkaliber akan menemui pengakhir jalan kecemerlangannya apabila mengalas misi sebagai jurulatih kebangsaan, tidak pula diketahui. Hanya FAM yang mungkin ada sebab musababnya. 

Baca kembali tulisan saya, Maka Jurulatih Kebangsaan Pun Dikenalpasti.

Saya adalah seorang penulis blog standard jalanan tetapi pengamatan saya nampaknya menjadi kenyataan. 

Siapa pula yang akan menjadi mangsa keadaan selepas Azrai Khor?

Catatan: Posting ini baharu dipublish selepas pengumuman resmi dibuat oleh Setiausaha Agong FAM dan disiarkan melalui Buletin Utama malam ini (14 Julai 2010)

1 comment:

Illiana Hidayah said...

azrai khor sgt hebat! syg kalau kemahiran dan ilmu yang beliau ada tak dapat disalurkan utk menaikkan mutu bola sepak malaysia...hmmmm

AFFILIATE

Powered By Blogger