Thursday, September 23, 2010

Apakah Nasib Sukan Komanwel?

Sukan terbesar bagi negara-negara bekas jajahan British akan berlangsung 12 hari dari posting ini ditulis. Sudah pasti atlet-atlet yang akan mengambil bahagian sudah berada pada tahap persiapan terakhir sebelum bertanding dalam temasya yang diadakan empat tahun sekali itu. Atlet-atlet pada tahap ini tentu sudah berada di peringkat tapering dalam periodisasi latihan mereka iaitu untuk mengekalkan tahap prestasi masing-masing. Malaysia juga sudah bersedia untuk menghantar seramai 201 orang atlet dan 95 orang pegawai.

Dalam pada India sedang rancak membuat persiapan menyambut temasya itu kemalangan mula berlaku. Baca laporan dalam The Star ini:

The Delhi Common­wealth Games were plunged into crisis 12 days from the start after the athletes’ village was described  as “uninhabitable” and a footbridge collapsed at the main stadium.

Wednesday September 22, 2010

Delhi event in crisis as bridge collapses

NEW DELHI: The Delhi Common wealth Games were plunged into crisis yesterday 12 days from the start after the athletes’ village was described as “uninhabitable” and a footbridge collapsed at the main stadium.

Adding to the sense of chaos that has enveloped an event India hoped would project its new economic power on the international stage, a leading Australian athlete pulled out of the competition because of security fears.

Organisers scrambled to contain the damage, fearful that a pullout by a major team could wreck the Oct 3-14 multi sport showcase that has long been dogged by delays, corruption allegations and anxiety about safety.

At the main Jawaharlal Nehru Stadium, which will host the opening ceremony and athletics, a footbridge that was under construction collapsed yesterday injuring 27 labourers, four of them seriously, police said.

Cuba bayangkan jika ia berlaku sewaktu semua atlet sudah berada di New Delhi dan dalam perjalanan untuk ke stadium.

Sementara itu juga dilaporkan bahawa tempat penginapan juga tidak sesuai untuk dihuni. Persiapan belum sempurna, persekitaran yang kotor, dan macam-macam lagi yang menunjukkan tahap persediaan yang masih sub standard.

Belum pun temasya bermula, beberapa orang atlet terkemuka dilaporkan menarik diri dari menyertai Sukan komanwel ini atas sebab-sebab persediaan yang tidak rapi pihak tuan rumah disamping bimbang akan ancaman puak militan India yang mungkin menjadikan temasya sukan ini untuk mencari publisiti kerana dunia akan tertumpu ke New delhi sepanjang tempoh sukan berlangsung.

Antara yang dilaporkan menarik diri ialah Juara Dunia Lompat Kijang dari Britain, Philip Udowu dan juara dunia melempar cakera dari Australia, Dani Samuels

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger