Tuesday, November 02, 2010

Atlet Sukan Asia Guangzhou Dalam Persiapan Akhir

Semua atlet yang akan membawa cabaran negara di Sukan Asia 2010 sudah berada di persiapan terakhir sebelum bertolak ke sana. Mereka kini berkumpul di Majlis Sukan Negara, di Bukit Jalin untuk kem fasa akhir. Sukan Asia 2010 akan berlangsung dari 12 November 2010 hingga 27 November dan  cabaran negara terletak di atas bahu 339 orang etlet yang akan menyertai 29 acara.
Kredit Gambar: Kosmo Online
Kepada peminat sukan negara janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi seperti yang kita letakkan pada mereka di Sukan Komanwel yang lalu kerana tahap pertandingan di Sukan Asia adalah lebih tinggi dengan kehadiran atlet-atlet dari negara gergasi sukan seperti China, Jepun dan Korea.

Jika atlet kita mampu meraih jumlah pingat yang disasarkan, ia adalah merupakan outing yang terbaik mereka.

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger