Thursday, July 21, 2011

BPL ASIAN TOUR 2011

Posting ini dibuat dari perkarangan Stadim Nasional Bukit Jalil. Malam ini perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chelsea. Berbanding semasa Liverpool melawan Malaysia tempoh hari, kali ini nampak ramai juga ysng memakai jersi Malaysia walaupun masih tenggelam dalam warna biru jersi Chelsea.

Adakah di Malaysia khususnya Kuala Lumpur ini lebih ramai penyokong Liverpool berbanding Chelsea.

Walau apa pun, Asian Tour ini menunjukkan the true colours if Malaysian football supporters. Memang tak dinafikan jika mereka memakai jersi Chelsea sekalipun mereka mungkin menyokong pasukan Kebangsaan tetapi tentu kebanjiran warna biru di dalam stadium boleh melemahkan semangat pemain Malaysia. Lebih lebih lagi malam ini pasukan negara, Malaysia XI akan di wakili ramai oleh pemain muda dari skuad Olimpik.
Published with Blogger-droid v1.7.2

Bahagian ini diedit menggunakan desktop di rumah


Keputusannya Chelsea mengalahkan Malaysia 1-0 hasil daripada tendangan percuma oleh Didier Drogba setelah beiau dijatuhkan di luar kotak penalti. Penjaga gol tertewas dan bola telah melantun dari tiang gol ke belakangnya lalu melepasi garisan gol dan disahkan oleh penjaga garisan. Walau apapun tahniah diucapkan kepada barisan pemain yang dipimpin oleh Ong Kim Swee kerana berjaya mengekang kemaraan salah satu pasukan terhebat Liga Inggeris itu. Barisan ini juga telah memberikan cabaran kepada Chelsea melalui cubaan-cubaan yang hampir menghasilkan gol. Mungkin nasib tidak menyebelahi mereka. 

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger