Seramai 40 orang instruktur Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) telah menamatkan kursus Training of Trainers di Hotel Seri Petaling pada 19 Jun 2011. Mereka adalah kumpulan pertama yang diberikan penerangan dan pendedahan kepada kurikulum yang telah siap digubal dan kursus-kursus akan mula dilaksanakan selepas Ramadhan tahun ini.
Dengan selesainya bengkel Training of Trainers ini, maka KPSK sudah bersedia untuk dilaksanakan.
Kurikulum kursus digubal sepenuhnya oleh tenaga penggubal tempatan dan menggunakan acuan kita sendiri. Majlis Sukan Negara berharap setelah kursus ini berjalan kelak, pengiat-pengiat sukan akan mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan ilmu pengurusan dalam sukan agar pentadbiran sukan di negara kita akan menjadi semakin profesional.
No comments:
Post a Comment