AAA2012 adalah merupakan satu penghargaan disamping meraikan wira-wira sukan tanahair di peringkat Antarabangsa oleh sebuah media elektronik. Sebanyak lapan kategori dipertandingkan, tambahan tiga dari AAA2011 yang lalu. Calon-calon telah dipilih oleh Astro Arena dengan banduan Majlis Olimpik Malaysia sebagai Badan Penasihat.
Pemilihan pemenang adalah secara undian online yang dibuat oleh para peminat sukan Malaysia bermula dari 9 hingga 23 April 2012 di laman sesawang www.arena.my.
Kejayaan Astro Arena menganjurkan majlis ini mendapat ucapan tahniah daripada YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan ; “Sukan akan kekal menjadi sebahagian daripada hidup kita yang penting dalam penyatuan masyarakat, walau apapun bangsa dan latarbelakang kita. Untuk semua atlet yang telah dicalonkan pada malam ini, anda semua adalah pemenang dan patut berbangga dengan pencapaian anda sama ada di arena sukan tempatan mahupun antarabangsa.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan ASTRO Encik Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Di Astro, kami komited dalam memperjuangkan sukan di kalangan semua rakyat Malaysia. Astro Arena adalah satu contoh yang jelas terhadap komitmen kami dalam pembangunan dan penambahbaikan sukan tempatan untuk seluruh rakyat. Pada masa yang sama, kami juga berharap untuk memberi inspirasi kepada belia-belia di Malaysia agar menjadi juara dan wira dalam apa jua yang mereka lakukan”.
Keputusan Anugerah pada majlis tersebut adalah seperti berikut:
ATLET LELAKI PILIHAN
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak) - Penjaga gawang skuad Harimau Muda yang membantu kemenangan negara meraih emas menewaskan Indonesia di perlawanan akhir acara bola sepak di Sukan Sea Indonesia ke-26.
Kredit Foto: posh76.blogspot.com
ATLET WANITA BERPASUKAN PILIHAN
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)-Pingat emas dalam acara pecut berpasukan di Sukan Sea 2011
Foto : Astro Arena
ATLET MUDA PILIHAN
Muhammad Nazmi Faiz mansor(Bola Sepak)-Pemain bola paling muda di Sukan Sea 2011 yang membawa pulang pingat emas serta turut beraksi untuk Kelayakan Olimpik 2012.
Foto: Astro Arena
KEBANGKITAN PILIHAN
Lee Hup Wei (Olahraga)- Pingat emas acara lompat tinggi di Sukan Sea 2011 setelah tujuh bulan berehat akibat kecederaan.
Kredit Foto: bharian.com.my
JURULATIH PILIHAN
Foto: Astro Arena
BLOG SUKAN PILIHAN
Foto dari blog SuaraSukan1Mas
PERLAWANAN PILIHAN
Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011 di Jakarta antara Malaysia dan Indonesia
MEJA SUKAN PILIHAN
Harian Metro
ANUGERAH KHAS ARENA
Allahyarham Mohd Sidek Salam (Memanah Paralimpik)
JASAMUDIKENANG
Allahyarham Razali Alias - Bolasepak -Selangor (1961 - 27 Jan 2012)
Mendiang Khoo Beng Khai (1991 - 2011)
DEWAN KEMASYURAN ASTRO ARENA
Seramai empat orang lagi bekas jaguh sukan negara disenaraikan iaitu:
Datuk Ghani Minhat (Bolasepak)
Dato' M. Rajamani (Olahraga)
Adnan saidin (Sepak Takraw)
Sylvia Ng (Badminton)
Terima kasih Astro Arena kerana menjemput blogger ini ke majlis tersebut.
Astro Arena boleh diikuti melalui saluran Astro 801 dengan berita-berita terkini sukan tanah air disamping siaran-siaran langsung acara penting sukan negara.
No comments:
Post a Comment