Friday, April 20, 2012

Anugerah Astro Arena 2012

Kita baharu sahaja selesai menyaksikan Anugerah Sukan Negara anjuran Majlis Sukan Negara dan kini satu lagi majlis seumpama yang dianjurkan pula oleh Astro Arena Saluran 801.Majlis Anugerah Astro Arena 2012 akan diadakan di The Rennaisance, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 24 April 2012 mulai jam 7.30 malam. Majlis akan diserikan oleh YB. Dato' Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. 


Anugerah Astro Arena seperti juga Anugerah Sukan Negara adalah sebagi menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh para atlet kebangsaan kita dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Senarai calon telah dikeluarkan untuk diundi oleh peminat sukan dan undian boleh dibuat sehingga 22 April 2012


Berikut adalah senarai calon mengikut kategori:

Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak), Bryan Nickson Lomas (Terjun), Adrian Ang (Bowling), Cheng Chu Sian (Memanah) dan Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)
Atlit Wanita Pilihan Berpasukan
Pandelela Rinong (Terjun), Png Hui Chuen (Renang Berirama), Jacqueline Sijore (Bowling), Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal) dan Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)
Atlit Muda Pilihan
Zulfadli Zulkifli (Badminton), Adiq Husaini Othman (Berbasikal), Aaliyah Yoong (Ski Air), Jupha Somnet (Berbasikal) dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor(Bola Sepak).
Kebangkitan Pilihan
Sam Chong (Snuker) dan Lee Hup Wei (Olahraga).
Jurulatih Pilihan
Yang Zhuliang (Terjun), Ong Kim Swee (Bola Sepak), Holloway Cheah (Bowling), John Beasley (Berbasikal) dan Lee Jae Hyung (Memanah)
Blog Sukan Pilihan
Haresh Deo(Foul), S S Dhaliwal ( Malaysian Sports), Christopher Raj (Jaiho Malaysia) dan Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)
Perlawanan Pilihan
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011), Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011), Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011),Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014), Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012)
Undian boleh dilakukan di ASTRO ARENA

No comments:

AFFILIATE

Powered By Blogger